Label 10

Home » » Lelaki Seluar Celoreng Terus Memburu Mangsa !!

Lelaki Seluar Celoreng Terus Memburu Mangsa !!

Written By AAKJ on Tuesday, March 5, 2013 | 9:00 AM

Syukri Saad


Sejak blog INI menyiarkan gambar lelaki ini, beberapa mangsa telah menghantar Gmail untuk mengetahui bagaimana lelaki ini boleh berada dalam blog ini.

Untuk pengetahuan umum, maklumat dan foto ini telah dikirimkan oleh mangsa melalui email dan mohon dihebahkan.

Menurut maklumat mangsa, lelaki ini cukup bijak merayu dan menipu mangsa kononnya kehidupannya susah dan hidupnya kacau bilau kerana fitnah dan kena perbuatan sihir.

Dengan menunjukkan watak simpati dan beliau cuba mendapatkan bantuan mangsa. Lelaki ini juga mempunyai ilmu hitam dan menyimpan minyak pengasih atau lebih dikenali sebagai minyak dagu dan sesiapa yang dipalit dengan minyak tersebut akan mudah menjadi mangsa beliau.

Beliau juga temberang kononnya beliau seorang chef di New Zealand dan kembali untuk ke Malaysia setelah beberapa tahun di sana. 

Menurut mangsa Syukri tidak pernah memiliki pasport antara bangsa dan berasal dari Kulim Kedah. Anak seorang bilal dan  telah dibuang kerja oleh majikan. Beliau juga meninggal kan isteri yang ketika itu sedang mengandung 5 bulan.

Mangsanya terdiri daripada pelbagai kaum, melayu, cina, India semua boleh, jika mangsa bukan Islam dia akan tunjuk naive dan cuba memujuk mangsa ke arah jalan yang betul iaitu untuk memeluk Islam dan apabila mangsa sudah masuk dalam perangkapnya maka segala-gala harta mangsa akan dikikis perlahan-lahan. Mangsa merelakan kerana sihir yang dikenakan pada mangsa.

Mangsa akan menjadi hamba dan membelakangkan keluarga sendiri dan  hanya setelah berubat barulah mangsa sedar akan tipu daya lelaki ini.

Menurut mangsa beliau juga menjadi pelarian kerana kisahnya telah didedahkan dalam blog ini. beliau kononnya pernah berjumpa dan membuat laporan kepada SKMM supaya mengambil tindakan kepada blog ini tetapi menurutnya SKMM tidak melayan permintaannya.

Kerana blog ini juga beliau menyatakan hidupnya menjadi susah kerana setiap kali memohon pekerjaan, pasti gagal kerana blog ini. 

Menurut mangsa beliau sering berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur iaitu antara Pudu Central dan Pasar Seni Kuala Lumpur atau Central Market.

Baca sambungan cerita d SUMBER
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
March 5, 2013 at 4:53 PM

org kampung saya nie...sya prnh nmpk dia kt area kl...dikehendaki polis ka nie?...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger