Label 10

Home » , , » Lahad Datu Up Date !! Pengganas Kiram III Sembunyikan Senjata !!

Lahad Datu Up Date !! Pengganas Kiram III Sembunyikan Senjata !!

Written By AAKJ on Tuesday, March 26, 2013 | 9:30 PM



Pengganas Kiram III mungkin telah menyembunyikan senjata mereka dan bergaul dengan masyarakat tempatan Sabah dalam usaha bagi mengelakkan diri dari diburu oleh pihak keselamatan Malaysia yang sedang menghalau militan, menurut laporan akhbar Filipina.

Penduduk Sabah menelefon stesen radio tempatan semalam dan menimbulkan persoalan tentang di mana terletaknya senjata-senjata pemberontak yang merupakan pengikut kepada Agbimuddin Kiram, adik kepada lelaki mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III yang menuntut ke atas Sabah, menurut laporan akhbar Philippine Daily Inquirer.

“Mungkinkah pasukan yang menggelar diri mereka ‘Tentera Di Raja’ Sulu ini membuang semua senjata supaya mereka dapat lari dari buruan oleh lebih kurang 5,000 anggota pasukan keselamatan Malaysia?” tanya akhbar tersebut lagi.

The Inquirer melaporkan stesen radio tersebut dihujani dengan pertanyaan melalui telefon berikutan penangkapan seorang “pengganas” tidak bersenjata dalam operasi keselamatan di Tanjung Batu petang semalam, seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama.

“Seorang pendengar radio berkata beliau tidak faham mengapa ‘pengganas’ tersebut menyerah tanpa mempertahankan dirinya dari pasukan keselamatan yang sedang memburunya dan rakan-rakannya,” menurut laporan akhbar itu lagi.

Seorang lelaki Sulu yang tidak dinamakan dilaporkan telah meletakkan tangannya dan meminta pasukan keselamatan pada jam 5 petang itu supaya tidak menembaknya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki itu kini berada di bawah tahanan polis.

Polis sudah menahan 111 orang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sementara pengganas yang terbunuh sebanyak 67 orang, manakala 42 orang lagi sudah dikeluarkan dari kawasan tersebut, menurut Bernama.

Sekumpulan 200 orang lelaki bersenjata, mendakwa sebagai “Tentera Di Raja” Kesultanan Sulu, mendarat tanpa halangan di Lahad Datu pada 9 Februari untuk menuntut Sabah, yang hanya mengambil masa 40 minit dari selatan Filipina ke timur Sabah.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam pertempuran tersebut, dan memaksa ribuan orang kampung meninggalkan kawasan rumah mereka di negeri paling timur di Malaysia itu.

Putrajaya telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan keselamatan khas dan akan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan itu.
Share this article :

+ comments + 1 comments

March 26, 2013 at 10:11 PM

sila bertukar laman web saya
http://joezuax.blogspot.com/
Terima kasih untuk jenis anda

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger