Label 10

Home » » Lahad Datu Up Date ! Malaysia Beri Tempoh Kiram III Tuntut Mayat !!

Lahad Datu Up Date ! Malaysia Beri Tempoh Kiram III Tuntut Mayat !!

Written By AAKJ on Friday, March 15, 2013 | 8:56 PM


Mayat Pengganas

Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat di sini setelah mereka menceroboh negara 12 Feb lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata tempoh itu yang mengikut konvensyen Geneva diberi melalui satu surat rasmi kepada Manila.
Surat berkenaan dikeluarkan setelah mayat penceroboh militan itu selesai dibedah siasat.
“Jika tidak respons dalam tempoh tiga hari, kami akan kebumikan mengikut cara yang sesuai, kalau orang Islam ikut cara Islam,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Jumaat.
Hamza berkata seramai 61 pengganas militan ditembak mati dalam Operasi Daulat yang masuk hari ke-11, dan sehingga 5 petang ini 27 daripada mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan operasi.
“Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu,” katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger