Label 10

Home » , , » Lahad Datu Up Date !! Adik Kiram III Kelaparan Tapi Masih Berdegil !!!

Lahad Datu Up Date !! Adik Kiram III Kelaparan Tapi Masih Berdegil !!!

Written By AAKJ on Saturday, March 9, 2013 | 10:00 PM



Agbimuddin Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, dilaporkan masih berada di Lahad Datu tetapi beliau bersama pengikutkan dipercayai berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan kerana sentiasa melarikan diri bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia.

Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata, pengikut Agbimuddin berkumpul semula selepas diserang pada 1 Mac lalu.

“Mereka sentiasa bergerak, tidak ada bot dan tiada juga pengangkutan lain. Mereka hanya berjalan kaki dan kelaparan,” kata Idjirani pada sidang media semalam.

Dipetik Philippine Daily Inquirer, Idjirani menambah, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin sekitar jam 2.30 petang semalam.

Terdahulu, anak perempuan Jamalul Kiram, Jacel Kiram memberitahu media yang bapa saudaranya itu masih selamat di Lahad Datu meskipun pihak polis dan tentera Malaysia terus-menerus menyasarkan kedudukan mereka.

“Arahan untuk pengikut bapa saudara saya ialah bertahan dan perlu bersedia menghadapi serangan. Tetapi mesti bertahan, bukan melakukan sebarang serangan,” kata Jacel.

Jacel turut menambah yang pihaknya berharap agak kerajaan Filipina sendiri campur tangan bagi menangani konflik berkenaan.

Dua hari lalu menyaksikan sultan sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk berbincang dengan Presiden Aquino bagi menyelesaikan konflik di Sabah.

“Dari awal lagi barisan kami sentiasa terbuka untuk berbincang secara terus dengan presiden tetapi hampa,” kata Jacel.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 9, 2013 at 11:21 PM

Lupakan Jacel utk kami memaafkan kesalahan suku sakat kamu. Lupakan shj usaha utk kami berhenti memburu suku sakat mu. Lupakan shj utk kamu dpt memberi bantumu kpd mereka. Dia akan mati disini tanpa kubur dan tanpa nesan supaya hendaknya tiada lagi org sulu lain mengikut jejak zalimnya.

Anonymous
March 10, 2013 at 1:55 AM

Dasar perangai penganas...diajak berbincang pada mulanya...tapi ego..besar kepala..berlagak hebat...sampai tunjuk ganas...bunuh orang...nah....baru korang tau...langit tinggi rendah...
Hahaha....rasakan biar korang jadi bangkai...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger