Label 10

Home » , , , » Lahad Datu Terkini!! Operasi Mengeledah Selesai 97 Ditahan

Lahad Datu Terkini!! Operasi Mengeledah Selesai 97 Ditahan

Written By AAKJ on Monday, March 11, 2013 | 3:28 PM



Menurut Dr. Norlimah, pasukan petugas forensik dari Kota Kinabalu dan juga Kuala Lumpur turut dipanggil untuk membantu tugas-tugas bedah siasat yang akan dijalankan di Hospital Tawau itu. Sebanyak 16 mayat pengganas Sulu, termasuk seorang berpangkat jeneral dikenali sebagai Komander Musa, telah dìhantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.


Lima puluh empat sekolah - lima di Lahad Datu dan 49 di Semporna - dibuka semula hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di kawasan itu adalah selamat dan terkawal. Operasi menggeledah dan mencari di Kampung Tanduo telah berakhir dan penduduk akan dibenarkan pulang ke kampung itu dalam masa terdekat ini.


Jumlah tahanan yang disyaki terlibat dalam kejadian pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo yang ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) meningkat kepada 97 orang. 






Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger