Ketua pengganas yang membunuh 7 anggota polis iaitu Raja Muda Raja Azzumudie telah terbunuh dalam serangan udara pagi tadi. Kejadian di kampung Tanduo
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.
"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota keselamatan).
"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.
Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.
Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo-Bernama
+ comments + 7 comments
be careful Sabah.. musuh dalam selimut masih berkeliaran tu...
Hati2 musuh cerdik gunakn masa...Berjuang Demi Bangsa, Agama dan Negara!!!! Kami sntiasa menyokong dari belakang....
Benar kata Anonymous March 5, 2013 at 4:13 PM.
Dia orang mampu "berubah kulit dan warna" mengikut persekitaran. so, pasukan keselamatan kita kena berhati hati. Moga Allah melindungi kalian dan merahmati jasa kalian terhadap agama, bangsa dan negara. Jangan dipedulikan segala tohmahan puak puak yang hanya tahu bercakap berdegar degar .... tapi dengar mercun pun menyorok. Kalau diletakkan ditengah tengah medan pertempuran ..... mahu tercirit dalam seluar.
Setuju dengan catatan komen-komen sadara diatas. Harap KPN dan PAT dapat fikirkan consequences selepas tamatnya isse pencerobohan ini. Bagaimana kita mampu tangani isu-isu tndakbalas pihak Geng Kiram merujuk kepada ciri-ciri hit an run seperti di Selatan Thai. Sekadar buah fikiran. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Sokong semua konen diatas.bersatu padu itu penting.dlm keadaan begini jgn suka menuding jari malah teruk lf menangguk di air keruh.doa kami semua semiga pasukan keselamatan kita selamat hendaknya.
Saya melihat dan merasakan betapa generasi terkini dan orang awam di Malaysia yang sejak dahulu lagi hidup dalam ketenangan sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku di lahad datu sabah.Situasi mungkin sedikit berbeza apabila kejadian yang seumpamanya berlaku dan dirasakan rakyat Indonesia,kerana pertumpahan darah demi mempertahankan tanah air sudah berlaku sejak zaman moyang kami lagi dalam menentang penjajahan dengan alat pertempuran yang seadanya.Kejadian ini mungkin ada hikmahnya bagi generasi malaysia terkini agar lebih menghargai dan tidak melupakan jasa pahlawan terdahulu dan menambah jiwa patriotik.Apapun takziah buat anggota keselamatan yang terkorban,mudah-mudahan sahid di jalan Alloh..dan keluarga yang ditinggalkan diberi ketabahan..
Alhamdulilah , yang jahat akan selalunya kalah .. in Sya Allah semuanya akan berakhir dengan selamat , semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t aminnn
Post a Comment