Label 10

Home » , , , » Kelantan After Dark !! Paha Betis Pelacur Tempatan Putih Suih !!!

Kelantan After Dark !! Paha Betis Pelacur Tempatan Putih Suih !!!

Written By AAKJ on Sunday, March 31, 2013 | 10:30 PM



Pendedahan sebuah akhbar tempatan hari ini mengenai masih wujudnya kegiatan tidak bermoral di Kelantan membuktikan negeri itu bukanlah sebuah negeri yang sempurna dan bebas masalah itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, jolokan Serambi Mekah yang diberikan kepada Kelantan bukan bermakna negeri itu tidak menghadapi masalah moral yang sepatutnya tidak berlaku.

"Sekiranya benar laporan itu, ia sesuatu yang mendukacitakan dan kerajaan Kelantan telah gagal menjadikan negeri ini sebagai Serambi Mekah dan rakyat Kelantan perlu membuka minda dengan keadaan itu," katanya kepada pemberita di pejabat UMNO Negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar New Sunday Times hari ini yang bertajuk Kelantan After Dark yang mengatakan masih wujud beberapa kegiatan tidak bermoral di Kelantan antaranya membabitkan pelacuran, pengambilan dadah serta perjudian termasuk dilakukan kalangan remaja.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepatutnya pihak berkuasa tempatan berusaha mengatasi kegiatan itu dalam usaha memulihkan imej Kelantan terutama sebagai negeri yang dipimpin Islam.



Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 1, 2013 at 11:50 PM

saya berasa belas terhadap isu2 seperti ini. apabila sesuatu dikaitkan dengan agama, sekecil2 kesalahan akan kelihatan seperti suatu aib yang tak termampu dibendung. walhal sepatutnya, sebagai saudara sesama islam, kita mesti berusaha untuk membaiki kesilapan masing2.bukannya menuding jari, mencari 2kesilapan orang lain. x sedar ke, sedang kita mempermalukan orang lain, kita sendiri sedang DIPERMALUKAN?? pasti ramai diluar sana yang sedang terkinja2 mentertawakan kebodohan kita, kan??

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger