Kesulitan itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah Mohd. Ramli Awang, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung tertangguh beberapa jam sebelum selamat dikebumikan pada pukul 11.30 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bunohan dekat sini.
Menurut anak Allahyarham, Nur Amira, 21, penduduk kampung terpaksa memecahkan meter air di halaman rumah untuk mendapatkan air bersih bagi memandikan jenazah ayahnya itu.
"Paip di atas rumah langsung tidak keluar air bersih kerana masalah ganguan air tekanan rendah yang sudah berlarutan lima tahun lamanya di kampung ini.
"Betapa sukarnya kami nak mandikan jenazah, takkan nak gunakan air dari parit yang digunakan kami setiap hari untuk mandi dan membasuh untuk memandikan jenazah ayah saya ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Baca seterusnya d SINI
Post a Comment