Label 10

Home » , , » Gempar !! Kapal Tanker Asing Mendarat Di Lahad Datu !!

Gempar !! Kapal Tanker Asing Mendarat Di Lahad Datu !!

Written By AAKJ on Sunday, March 17, 2013 | 9:52 PM


EKSKLUSIF: Kehadiran Kapal Tangki Di Jeti 16 Bukti Kejayaan Pasukan Keselamatan Negara!



Jeti 16 di Felda Sahabat, Lahad Datu merupakan satu pengkalan kapal yang penting.
Ini kerana di sanalah kapal-kapal tangki minyak kelapa sawit akan berlabuh.
Namun faktor utama yang akan MENGHALANG kapal-kapal ini untuk berbuat demikian adalah sekiranya pihak pengurusan kapal merasakan keadaan di situ terlalu berisiko, baik pada anak kapal mahupun pada muatan yang dibawa.

EKSKLUSIF: Kehadiran Kapal Tangki Di Jeti 16 Bukti Kejayaan Pasukan Keselamatan Negara!
Sesungguhnya kejadian pencerobohan pengganas militan Sulu ternyata telah memberi impak yang cukup besar kepada Felda kerana pendapatan daripada penjualan minyak kelapa sawit pasti terjejas sekiranya kapal enggan berlabuh di jeti tersebut.
Namun kehadiran kapal tangki minyak di jeti itu, seperti yang anda lihat dalam gambar yang diperoleh secara eksklusif oleh Mynewshub.my ini, membuktikan pasukan keselamatan negara yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera, telah berjaya dalam usaha menjaga keselamatan di kawasan berkenaan.
Adalah sangat-sangat mustahil untuk kapal tangki minyak ini berlabuh sekiranya mereka merasakan keadaan sangat berisiko untuk mereka berbuat demikian.
Tanyalah mana-mana pengusaha kapal pun, keselamatan cukup-cukup mereka titik-beratkan apatah lagi sekiranya mereka membawa muatan seperti minyak kelapa sawit ini.
Sekalung tahniah kepada pasukan keselamatan negara…mereka bukan saja berjaya membunuh petualang negara, tetapi juga telah mempertahankan nyawa rakyat yang tidak berdosa, termasuk menyelamatkan harta negara.
Masihkah kita hendak meragui mereka? Tepuk dada, tanya selera!
Seterusnya baca d SINI


Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 17, 2013 at 10:08 PM

ndaklah aku kisah kapal tanker tu berlabuh disana..persoalannya ketua pengganas selamat kembali ke filipina, apa kes ni?zon merah telah dikepung,lepas...marin kita yang menjaga sepanjang pantai,lepas...marin filipina pun boleh terlepas..lawak betul lah!

Anonymous
March 17, 2013 at 10:22 PM

Ko pun lawak.. Ko ingat laut tu besar laman umah bapak ko ke?

Anonymous
March 17, 2013 at 10:40 PM

hahaha cam kuda lumba di'con' supaya lihat hanya depan.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger