Label 10

Home » , , » Foto Askar Kencing Atas Mayat Bukan Tentera Malaysia !!

Foto Askar Kencing Atas Mayat Bukan Tentera Malaysia !!

Written By AAKJ on Sunday, March 10, 2013 | 10:00 PM



Seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana kencing pada mayat pejuang Taliban dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, diturunkan pangkat dan gaji dipotong selama enam bulan.


Pasukan Marin Amerika Syarikat semalam mengumumkan, Staf Sarjan Joseph W Chamblin mengaku bersalah di hadapan hakim tentera.

Dia mengaku bersalah melakukan pencemaran, gagal menyelia anggota bawahannya dan bergambar dengan mangsa peperangan.

Perbuatan biadap Chamblin didedahkan Januari lalu menerusi video yang menunjukkan empat anggota tentera kencing pada tiga mayat anggotaTaliban.

Perbuatan itu dilakukan pada Julai 2011.

Satu siasatan jenayah dijalankan selepas itu.

Pada September 2012, Tentera mengumumkan Chamblin dan Staf Sarjan Edward W Deptola akan didakwa di Mahkamah Tentera.

Kes Deptola belum dibicarakan lagi.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 20, 2022 at 10:02 AM

Inilah yang eppicphotography yang agungkan sangat lepas tunjuk meriam yang tetera dengan pelekat US Marine Corps (Kor Marin Amerika Syarikat)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger