Label 10

Home » , , » Anwar Seperti Burung Punggok !! - Tun Daim !!

Anwar Seperti Burung Punggok !! - Tun Daim !!

Written By AAKJ on Tuesday, March 26, 2013 | 10:00 AM


daim2

Bekas Menteri kewangan Tun Daim Zainuddin telah menjawab soalan-soalan wartawan berhubung PRU12, Anwar Ibrahim dan masa depan negara. Menurut Tun Daim, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus diberi terlalu banyak ruang berita kerana itulah apa yang beliau suka, sebaliknya usah hiraukannya kerana beliau tidak suka apabila tidak dipedulikan, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Daim berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau telah melepasi “tarikh luput” dan zaman ketua pembangkang itu telah datang dan berlalu.
“Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya.
“Beliau sepatutnya dibiarkan sahaja menjadi penghibur, menari dan menyanyi di ceramah-ceramah. Sepertimana saya katakan, zamannya sudah berlalu, umpama ‘burung punggok merindukan bulan’,” kata  Daim dalam wawancara dengan New Sunday Times.
Bekas menteri kewangan itu menegaskan jika rakyat memilih pembangkang yang dipimpin Anwar, dengan itu negara akan menuju jalan kehancuran.
“Beliau telah diuji semasa krisis kewangan Asia dan beliau telah gagal. Saya juga fikir yang beliau gagal bukan hanya kerana dasar-dasarnya, tetapi juga kerana motifnya,” katanya.
Daim berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu benar-benar marah dengan krisis itu kerana beliau tidak sanggup melihat apa yang  telah beliau bina sejak bertahun-tahun lamanya musnah akibat sikap tamak spekulator dan penyangak mata wang.
Bekas menteri kewangan itu juga melahirkan kegusarannya bahawa Anwar tidak arif mengenai ekonomi dan jika beliau sekali lagi menjadi menteri kewangan atau perdana menteri, beliau akan cenderung mengikut jejak Amerika.
“Amerika sedang berada dalam krisis, Eropah sedang berada dalam krisis. Beliau suka dikaitkan dengan Eropah, Amerika dan Australia,” katanya.
Beliau berkata Anwar cuba mendapatkan Australia untuk menyokongnya, untuk mengutuk dan menyatakan pilihan raya di negara ini tidak adil serta menyatakan Arab Spring di Malaysia bukan menerusi revolusi tetapi menerusi peti  undi.
Daim mendakwa, Anwar sedang “menghasut” fikiran rakyat di  sini dan memberitahu dunia bahawa pembangkang akan menang sedangkan beliau tahu yang beliau tidak boleh menang.

“Beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang pilihan raya ini tetapi sekiranya pembangkang kalah, Anwar akan kata ini adalah kerana wujud amalan berat sebelah dan perusuh akan keluar ke jalan-jalan untuk protes.
“Beliau berjanji untuk membentuk kerajaan pada September 2008. Semua orang gentar dan ramai yang percayakan beliau. Itu memang cara beliau.  Beliau hanya pandai cakap dan berjanji. Kini, beliau memberitahu dunia yang beliau akan menang,” kata Daim.
Katanya jika pembangkang kalah, Anwar akan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring ke sini serta menghasut rakyat bahawa di bawah Barisan Nasional, undi mereka dicuri dan mereka perlu melakukan protes jalanan untuk mendapatkan semula undi mereka.
“Dapat anda bayangkan senarionya jika pembangkang tidak berjaya ke Putrajaya? Beliau akan berterusan mendakwa ia satu penipuan dan kemudian membawa Arab Spring di sini.”
Daim menegaskan tidak pernah berlaku penipuan dalam pilihan raya di Malaysia dan ini terbukti apabila pembangkang membentuk lima kerajaan negeri pada pilihan raya umum lepas.
“Bagaimana pembangkang boleh menang banyak kerusi  sekiranya kerajaan menipu dalam pilihan raya? Tiada pilihan raya yang sempurna di dunia ini,” katanya.
Daim menegaskan tiada perbalahan antara beliau dan Anwar sehingga ketua pembangkang itu mula menuduh menjadi ketua konspirasi.
“Saya bukan seperti Cassius. Saya mungkin kurus tetapi wajah saya tidak nampak macam “lapar sangat” dan yang pasti saya bukan seperti Brutus.  Apabila Anwar mendakwa saya ketua konspirasi, beliau tahu kebenarannya yang saya tidak terlibat, tiada peranan langsung,” katanya.

Share this article :

+ comments + 1 comments

March 26, 2013 at 10:10 AM

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger