Label 10

Home » » Video !! Kak Mah Baca Yassin...Jijah Terkedu..!!

Video !! Kak Mah Baca Yassin...Jijah Terkedu..!!

Written By AAKJ on Friday, February 15, 2013 | 11:30 PM


Di sebalik kesibukan jadual hariannya sebagai Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Bacaan Tahlil dan Yassin yang berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah Ipoh, pagi tadi.
Tiba di perkarangan masjid jam 10 pagi, Rosmah disambut oleh kira-kira 2,000 ahli wanita dan puteri UMNO serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Perak.
Majlis turut dihadiri oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli juga Yang DiPertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) serta Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Rusnah Kassim.
Selesai bacaan tahlil dan yasin, Rosmah bersama para jemaah mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Kazim Elias Al Hafiz.
Intipati kuliah tersebut menumpukan perihal wanita dan tanggungjawab sebagai isteri dan peranan kaum hawa itu dalam keluarga.
Pada majlis itu juga mereka sempat menunaikan solat sunat dhuha.
Rosmah tiba di Perak bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan majlis pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) pagi tadi dalam program berlainan.
sumber ; peraktoday
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
February 15, 2013 at 11:38 PM

besok lusa keluar la video jijah baca talkin pulak.. nak saing kak mah tu..

Anonymous
February 16, 2013 at 1:02 AM

saya hormat datin seri tapi datin seri patut pastikan etika berada dalam masjid. pakai lah tudung menutupi keseluruhan bahagian rambut itu supaya tidak diserang oleh puak itu.. arahan allah mmg wajib dipatuhi.

February 16, 2013 at 4:50 AM

pembangkang hilang taring kalau datin seri rosmah pakai tudung..........

February 16, 2013 at 2:48 PM

kak jah dok tengah syok2 bagi ceramah uh,dia tak sempat tgk gambar ni...dia tak layan benda2 mcm ni beb,tapi kalau ada video chinadoll baru dia layan beb...dia lebih suka naik pentas cermah dan buat fitnah drpd buat bnda2 kebaikan mcm ni.......jam omega mna kak jah????

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger