Sikap kacang lupakan kulit berlaku dimana-mana termasuklah Malaysia. Setelah berjaya menempa nama diperingkat global dan dunia, keyakinan segelintir syarikat gergasi terhadap kepimpinan BN mula goyah. Mereka lebih teruja membantu menyalurkan sejumlah dana kepada pembangkang yang digembar-gemburkan kononnya bakal memenangi PRU13.
Sikap keterujaan mereka diukur dengan penglibatan pembangkang dalam meraih sokongan melalui demonstrasi jalanan. Dikatakan jumlah kehadiran peserta demonstrasi melambangkan sokongan kepada pembangkang yang kian bertambah. Justeru pegangan mereka pun beralih kepada pembangkang.
Perubahan itu dizahirkan pula dalam bentuk dana yang menyokong segala sesi ceramah dan program pembangkang di seluruh Malaysia terutamanya pemberian dana kepada PKR. Para syarikat gergasi ini begitu yakin yang Anwar bakal menjadi PM, sebab itulah mereka berani menawarkan apa saja bentuk bantuan kepada Anwar dan keluarganya yang terlibat dalam politik agar bergerak ke sana sini dalam suasana yang serba mewah. Apa yang pasti ianya bukan pemberian kosong semata, imbalan balik yang bernilai jutaan ringgit adalah matlamat mereka.
Jika Anwar tidak ditaja, mana mungkin dia dapat mengatur semua program yang tentunya melibatkan sejumlah wang yang banyak. Contohnya, beberapa himpunan yang diadakan sebelum ini, hampir semua peserta himpunan yang hadir telah dibayar elaun sekitar RM100 - RM150 bagi menjayakan himpunan tersebut. Jika kita mengambil jumlah yang dibayar elaun sekitar 20,000 dan didarab dengan RM100 bersamaan RM2 juta. Itu kalau 20,000 orang, bagaimana kalau lebih. Siapa yang hendak tanggung semua elaun itu jika tidak ada syarikat gergasi yang sanggup berkongsi suka dan duka bersama Anwar.
Volkswagen beetle mewah digunakan sebagai kenderaan siri jelajah pembangkang
Baca kupasan sahabat aakj yang menarik d SINI
Post a Comment