Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula di Shah Alam sebentar tadi dimulakan dengan hambar lapor Antarapos meskipun konvesyen itu membariskan tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.
Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kebanyakkan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa juruacara untuk membuat pengumuman meminta mereka masuk ke dewan,”lapornya.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terus menjaja nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat.
Namun berbeza dengan pandangan Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata persoalan siapa menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya banyak bergantung kepada parti mana memenangi jumlah kerusi paling tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, PAS masih belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik sebagai PM.
“Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah… bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.
+ comments + 2 comments
Semua rakyat mahu tahu bila DUN Selangor akan dibubarkan, dulu kata nak umum 25 Februari 2013, sekarang dah 25 Februari 2013, bila nak umumkan?
Kepada Pakatan Rakyat, jangan nak banyakkan senarai pembohongan anda semua, sila umumkan tarikah bubarkan DUN sebagaimana yang dicanangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini.
Rakyat sekalian, marilah kita saksikan apakah Pakatan Rakyat berani atau tidak menyahut cabaran yang mereka sendiri buat sebelum ini. Sedarlah semua rakyat Malaysia sekalian. Sekian, terima kasih.
Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. (Saya menyarankan agar Barisan Nasional menggunakan tag line saya ini dalam sebagai slogan untuk PRU 13 nanti)
Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu
Contoh-contoh dan andaian yang diambil oleh pemimpin-pemimpin Parti Ajaran Sesat ni tak berkembang langsung. Asyik-asyik ayam, lembu, kambing, ayam, lembu, kambing dan menatang ape lagi tah...
Post a Comment