Seorang guru terpaksa bermalam dalam kereta akibat ditukarkan secara tergesa-gesa dari sebuah sekolah di Temerloh ke sini oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang yang didakwanya tidak berperikemanusiaan.
Azman Mohd Nazir, 40, berkata beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Felda Mayam dari Sekolah Kebangsaan Paya Pulai, Temerloh dan diminta mendaftar diri ke sekolah barunya pada 16 Januari tapi surat arahan dari JPN itu hanya dapat ke tangannya pada 18 Januari.
“Akibat pertukaran secara tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan ini, saya terpaksa tidur dalam kereta kerana belum ada kediaman. Tak larat kalau nak berulang-alik dari rumah sejauh 140 kilometer sehari,” katanya ketika ditemui setelah menerima laporan orang ramai.
Pengakuan beliau sebagai Ahli Pas d SINI
Post a Comment