Label 10

Home » , , » Calon Bebas PRU13 Dah Mula Berkempen

Calon Bebas PRU13 Dah Mula Berkempen

Written By AAKJ on Tuesday, February 12, 2013 | 6:00 PM



Cameron Highlands, berkedudukan 1500 meter atas aras laut .. sejuk sepanjang hari..daerah sebesar Singapura ini menjadi tarikan bukan sahaja pelancong tetapi juga politikus terutamanya dari MIC.

Siapa? You know , I know..

Seperti yang kita semua tahu, Ahli Parlimen Cameron Highlands sehingga kini adalah YB Dato' S.K Devamany. Desas-desus mengatakan bahawa Presiden MIC bakal bertanding di parlimen berkenaan manakala Devamany akan 'ditolak' ke Sg.Siput. Ini ternyata benar apabila The Star harini mengesahkan perkara ini .

Calon Bebas ?


Kunjungan penulis ke Cameron Highlands baru-baru ini dikejutkan dengan banner yang mengatakan seorang anak tempatan Cameron Highlands yang bernama Dilip Martin bakal bertanding sebagai calon bebas. Apakah ini benar?

Penulis sempat bertanya beberapa orang sekitar kawasan Brinchang dan mereka dengan sebulat suara menyokong anak tempatan sebagai wakil rakyat. Persoalannya, sejauh mana kebenaran dalam hal ini??

Ada juga beberapa pengguna Facebook yang mula berkempen untuk Dilip Martin..

klik untuk imej yang jelas
Untuk mengenai kesahihan perkara ini, penulis telah menemubual Dilip Martin yang juga merupakan kenalan penulis. Hasil perbualan kami boleh disimpulkan seperti dibawah :
  • Beliau pernah menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi tidak pernah memberi kata putus beliau kepada sesiapa.
  • Kempen online adalah tanpa pengetahuan beliau.
  • Beliau disokong oleh masyarakat setempat 
  • Beliau pernah menerima beberapa panggil dari pihak yang mengelar diri mereka dari parti tertentu yang minta agar tidak menjadi calon di Cameron Highlands.
Cameron Highlands bakal tercicir ke tangan calon bebas??

Baca seterusnya d SINI
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 13, 2013 at 11:59 AM

The best candidate for Cameron Highlands Member of Parliament is Germit Singh.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger