Label 10

Home » » Borang Permohonan BL1M Online

Borang Permohonan BL1M Online

Written By AAKJ on Friday, February 1, 2013 | 9:00 AM



Borang Permohonan BL1M Online (Bantuan Lesen 1Malaysia) – Sejumlah 500 ribu belia bakal menikmati harga rendah dalam permohonan baru lesen motosikal kelas B2 di bawah insentif Bantuan Lesen 1Malaysia, BL1M. Semoga dengan bantuan ini akan memanfaatkan mereka yang memerlukan.
Bayaran kos mengambil lesen motor contohnya boleh dikatakan agak tinggi sekarang. Dengan harga sekitar RM700 yang dikenakan sudah menjadi kebiasaan. Belum masuk lagi “incidental charge” seperti caj pentadbiran, duit minyak pergi JPJ, test card dan lain-lain lagi.

FAKTA BL1M

Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40

Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.

Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali

OBJEKTIF
Menggalakkan pemilikan lesen pemanduan yang SAH.
Membantu BELIA yang amat memerlukan lesen tetapi kurang mampu.
Menggalakkan pendidikan tentang undang-undang jalan raya serta membina etika pemanduan berhemat.
Merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai kadar kemalangan jalan raya yang minimum.

SYARAT PENYERTAAN
Semua warganegara MALAYSIA berumur di antara 17 hingga 40 tahun pada atau selepas 01 Januari 2013
Tidak pernah memiliki sebarang jenis kelas lesen memandu
Hanya sah untuk lesen Kelas B2 sahaja
Sihat tubuh badan
Menepati semua kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Penganjur dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Dikenakan yuran sebanyak RM199.00 (dibayar semasa program pendaftaran dijalankan secara Money Order pada ‘My E.G. Services Berhad’)
Sila bawa kad pengenalan asal semasa proses pendaftaran.
Menduduki semua ujian yang ditetapkan oleh pihak JPJ
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada info@bl1m.my atau hubungi talian helpdesk MyEG 03-7801 8888
Tiada cara pintas
Cara Permohonan BL1M Bantuan Lesen 1Malaysia
1. Untuk membuat permohonan BL1M, sila dapatkan borang BL1M dengan klik pada laman dibawah:
2. Pemohon berdaftar akan menikmati yuran diskaun untuk lesen motosikal kelas B2 yang mana mereka hanya perlu membayar sebanyak RM199.00.
3. Bantuan adalah penuh dan melibatkan ujian teori undang-undang secara komputer, latihan,ujian praktikal dan sebagainya.

sumber-http://www.harian-metro-online.com/


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger