Mungkin ramai antara kita lupa dan sengaja buat-buat tak ingat barang kali, terutama mereka yang suka mengkeji dan mencaci apatah lagi menabur fitnah terhadap seorang wanita bergelar isteri Perdana Menteri.
Kita lupa bahawa wanita itu tadi juga merupakan seorang ibu kepada anak-anak beliau. Lantas tidak akan lari sifat keibuan yang merupakan fitrah yang Allah beri dan campakkan kedalam hati sanubari seorang wanita yang bergelar ibu.
Walau sekeras mana hati kita, walau sehebat mana diri kita namun apabila kita bergelar ibu pasti tidak akan dapat kita menidakkan fitrah seorang ibu yang akan pasti tersentuh hatinya bila ianya melibatkan anak-anak kecil.
Akan lahir secara semula jadi rasa kasih dan sayang terhadap anak kecil dan bayi. Sedangkan haiwan pun akan merasa kasih dan sayang serta melindungi anaknya inikan pula kita bernama manusia.
Mungkin atas sifat semulajadi yang Allah beri inilah mengakibatkan hati insan bergelar ibu yang mana tidak akan tersentuh apabila pulang dari bumi Gaza dan melihat sendiri dengan mata zahir dan mata hati penderitaan anak-anak kecil di bumi Gaza itu.
Apatah lagi Datin Seri Rosmah yang memang begitu giat memperjuangkan nasib serta menyediakan landasan yang terbaik bagi anak-anak kecil negara untuk melangkah lebih jauh dan lebih hebat dalam bidang dan arena masing-masing melalui program yang beliau sendiri ilhamkan dan terajui serta pacui iaitu Program Permata.
Maka tidak heranlah bagi mereka yang mahu membuka hati dan melihat kebenaran sejati hati seorang insan yang bergelar ibu dan isteri Perdana Menteri yang sebak tidak dapat menahan airmata dari jatuh ke bumi apabila ketika si suami menceritakan kepada rakyat sejurus kepulangan mereka dari bumi Gaza ini tentang pengalaman yang mereka lalui sewaktu lawatan Perdana Menteri ke bumi Gaza tempoh hari bila mana mereka melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh anak-anak kecil Palestine di bumi Gaza yang mana sewaktu melawat salah satu hospital di Gaza begitu ramai anak-anak kecil yang mengidap penyakit leukimia.
Anak-anak kecil ini mengidap leukimia akibat tindakan kejam puak Zionis Yahudi yang mengunakan segala kecanggihan senjata moden mengebom kawasan penduduk Palestine yang mana antara bom yang digunakan mempunyai iradium yang ada kesan radiasi yang menyebabkan kanak-kanak kecil Palestine dijangkiti penyakit leukimia.
Ketika Dato' Seri Najib yang juga agak sebak menceritakan pengalaman ini kepada lebih 10,000 rakyat yang menyambut kepulangan beliau bersama rombongan dari bumi Gaza di lapangan terbang pada tanggal 27/01/2013 tempohari, MNK melihat sendiri wajah Datin Seri Rosmah yang cuba menahan airmata dari jatuh, namun akhirnya naluri seorang ibu tidak dapat dikawal dan bergenang air mata beliau.
Baca selanjutnya d SINI
+ comments + 16 comments
Sebagai orang Islam yang yakin pada ketentuan ALLAH, kita harus yakin bahwa ALLAH yang gerakkan hati Datok Najib dan isteri untuk keGaza. ALLAH juga yang telah melindungi mereka semasa berada disana. Sebagai orang Islam, kita harus bersyukur yang Perdana Menteri dan isteri punya sikap perihatin terhadap nasib saudara Islam dan mahu melihat sendiri penderitaan rakyat Palestine.
Semoga ALLAH beri mereka taufik dan hidayah dan seluruh umat Islam dimuka bumi ALLAH ini dapat manfaat dari kehadiran mereka dimuka bumi ini. Aamin.
Seperti yang tersebut dalam hadis "sebaik baik manusia adalah mereka yang kewujudan mereka memberi banyak manfaaat pada manusia lain" Hadis
Untung negara kita tidak dijajah oleh anasir luar, bayangkanlah kalau negara kita seumpama macam gaza. hati siapa yg tak sedih bila melihat kesengsaraan rakyat palestin seperti yg berlaku pada ds rosmah yg beliau sendiri telah menyaksikan di depan matanya.
aku betul2 respect kat rosmah kerana dia mmg mempunyai hati yg mulia sekali. tgk rosmah menitiskan air mata aku turut rasa bersimpati lagi dgn rakyat palestin.
HANYA ALLAH DAPAT MEMBALAS JASA BAIK DS ROSMAH DAN PM KITA INI KERANA MEREKA MMG BERJIWA RAKYAT DAN SGT PRIHATIN TERHADAP ORG ISLAM YG TERANIAYA DGN KEKEJAMAN OLEH BANGSA YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
sesungguhnya naluri keibuan DS Rosmah begitu kuat dan dek kerana itu lah nasib kanak2 di gaza begitu mnyentuh naluri keibuan beliau..sekeras mana pn dia dalam menangkis tohmahan namun hati seorang ibu tetap menjerit bila melihat anak2 tidak berdosa itu diperlakukan sedemikian rupa...bagaimana dengan masa depan mereka??apakah kesudahan nasib mereka??mgkin ats sebab2 ini lah mnyebabkn rosmah tersentuh dan menagis mengenangkan nasib kanak2 di GAZA..apa2 pn kita sbgai rakyat malaysia hnya mampu berdoa agar suatu hari nanti Gaza juga akn bebas seperti kita...kebenaran pasti akan tertegak..!!Insyallah..
mereka yg mengkeji dan memfitnah rosmah tu smua nyer pengecut hanya berani bercakap tp tidak berani melakukan seperti rosmah lakukan kerana rosmah bukan sajar bercakap kosong tp rosmah sudah membuktikan kepada kita smua yg beliau dan ds najib berani memperjudikan nyawa untuk ke gaza dan melihat sendiri kesusahan yg d tanggung rakyat2 palestin...air mata yg menitis d mata rosmah adalah air mata suci dan bukan nyer air mata lakonan seperti jijah omega....
diharapkan semua pemim pin islam lain turut berfikir seperti mana PM kita najib dan isterinya yang prihatin dan membantu rakyat2 islam di gaza..
walaupun dicemuh difitnah tetapi air mata yang dialirkan oleh DSR bukanlah palsu malahan daripada hatinya yang lembut itu....
Kak jijsh mesti menangis klu tgk rosmsh menangis
Moga2... apa yg rosmah lakukan sepanjang lawatan beliau ke sana tidak disalahertikan oleh golongan prncacsi fuckatan..... apa gunanya jika harta bertimbun trtapi tidak disedekahkan kepada yg lebih memerlukan...
walaupun mempunyai jiwa kental dan ketabahan..rosmah tidak dapat mengenang sebak bila memikirkan nasib rakyat palestin yang di timpa bencana dan peperangan dan berasa bersyukur tanah air kita aman dan damai..
betul , DS Rosmah ni baik orangnya! dia banyak menolong, tapi ramai cakap dia makan duit rakyat. DS Rosmah mmg terbaik lah! respect
disebalik ketabahan rosmah,dia jugak mempunyai naluri seorang ibu.
wanita yg selalu difitnah dan dihina oleh pakatan,wanita yg selalu menjadi mangsa pakatan.
rosmah menitik air mata mengenangkan nasib ank2 di gaza,de ke wan jijah tu fikirkan asal ank2 digaza tu.
dia sibuk dengan jam omega dia,sibuk cover si peliwat tu.
dasar manusia sial yg lahanat,manusia yahudi yg hipokrit
biarlah pakatan haram nak kata apa pun yg pasti DS Rosmah mmg seorg yg berjiwa rkyt...sbb itulah beliau cpt tersentuh..datin mmg seorg yg prihatin..
Tp heran pulak aku pasal apa dia tk jenguk lansung cucu2 dia sendiri.Dn knp dia tk mau mengaku ank,ank dia dgn suami dulu?"se elok2 kebaikan adalh kebaikan yg di laku kn kpd org yg rapat dgn kita dn se buruk2 kejahatan ada lh yg di laku kn kpd org yg rapat dgn kita".Klau nk bersedekah pun lbh afdal di beri kn kpd org yg dekat dgn kita bkn ke luar lingkungan kita.
Kesian, terharu saya tengok gambar diatas ini. ermmm apa daya kita.
Mane ko tau? Ko bekas laki die ke?
Post a Comment