Label 10

Home » , , » Terkini ! Ustaz Nasharudin Mat Isa Di Pecat

Terkini ! Ustaz Nasharudin Mat Isa Di Pecat

Written By AAKJ on Sunday, January 27, 2013 | 12:30 AM



Tahniah PAS , pada ketika semua pihak mempertikaikan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam Majlis Syura PAS bertindak menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura PAS.

Walaupun Majlis Syura PAS telah membuat keputusan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam namun di peringkat Pakatan Haprak ianya masih kekal dengan keputusan yang dibuat oleh Hadi bersama kepimpinan DAPigs dan PKR.

Persoalannya mengapa Majlis Syura PAS langsung tidak mengambil sebarang tindakan susulan supaya keputusan diperingkat Pakatan Haprak itu ditarik balik sebaliknya boleh pula mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang kedudukan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura ?

Alasan pengguguran Ustaz Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura kerana melanggar peraturan berjamaah dilihat cukup memalukan lebih-lebih lagi dalam keadaan penggunaan kalimah Allah masih menjadi teka teki dalam Pakatan Haprak.

Dalam hal ini dimana kredibiliti anggota Majlis Syura PAS yang dianggotai oleh ulama PAS sekiranya urusan parti diletakkan lebih penting dari membetulkan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ?

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.  

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama

PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.


Share this article :

+ comments + 10 comments

Anonymous
January 27, 2013 at 12:51 AM

dek kerna isu kalimah dlm pakatan..tidak pula dikata telah mengakibatkan pas dalam kerugian????

hahahahihihihihhuhuhu

January 27, 2013 at 12:51 AM

Ulama kerdil mana boleh kekal dlm PAS.. Ulama yg paling muktabar dlm PR ialah Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng, AnuWar, Nik Aziz, Hj Hadi, Khalid Samad, Zulkifli Ahmad.............Mat Sabu dll...

Anonymous
January 27, 2013 at 1:03 AM

..apa lah yang nak dihairankan dgn party lebai kulop ni kalau manusia mcm mat sabu buleh menang timb presiden & peliwat nak diangkat jadi perdana menteri.. tgk aje la sampai bila kebendulan mrk ini berterusan..

Anonymous
January 27, 2013 at 1:19 AM

Bendul, jendul....hahaha.... Xde keje lain....asyik pct org jeeee.... Marvellous.... U all champion le PAS. Tabik korang. Nnti pasni....pecat le ramai2 lagi. Haa...nk cite skit. Baru2 ni ade sorang sedara wife aku, berada dlm jentera parti PAS nun disblh utara sana. Disbbkn die sygkn parti, maka dia kemukakan la bbrp cadangan utk dinilai oleh pihak atasan parti. Nk dipendekkn cite, sbb keangkuhan pihak atasan, x mau terima cadangan....dipecat lak budak tu. Dlm PAS....very simple....x suke....pecat. Aku makin nmpk skrg ni, PAS menuju zaman kemelesetan. Pelbagai masalah , dari kepimpinan smpi ke penyokong yg TEGAR. Kalau pemimpin suruh terjun longkang...penyokong TEGAR akan ikut tanpa persoalan. Aku dh mengikuti perjalanan parti PAS sejak dulu lagi, batch PAS kali ni, paling teruk skali. Mcm org ckp hamPAS.

Anonymous
January 27, 2013 at 1:27 AM

Sikit masa lagi harun din pun turun pangkat.Maka mala peteka lah yg bakal diturunkan Allah kpd penganut pas yg jauh terpesong ni dari perjuangan asal nak tuboh negara islam.Ugama dipersenda utk secebis cita2 perasit yg ada dlm pas.Sesungguh nya perasit ini ada lah mat sabu dan geng2 nya ada lah jelmaan syaitan.

January 27, 2013 at 1:30 AM

Makin dekat kiamat nie...ulama semua diperbodoh bodohkan. Oleh puak yang mengaku lebih Islam...

hassan
January 27, 2013 at 1:31 AM

apabila pengikut2 mengangap pas itu agama............orang lain tak betul, hanya mereka yang betul............biawak.............burung kakak tua.............jin...........ahhhh macam2 lagilah

Anonymous
January 27, 2013 at 2:24 AM

Melanggar peraturan berjemaah? Phuu.... apakah berkawan dengan orang Islam dari UMNO itu dikira melanggar peraturan berjemaah?

Anonymous
January 27, 2013 at 8:11 AM

Mungkin ada yang lupa (atau sengaja lupakan ?) firman ALLAH dalam Surah Al-Fath ayat 29 -

[29]Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. ... hingga akhir ayat.

(sumber - http://www.alquran-melayu.com/48-al-fat-h/)

January 27, 2013 at 11:08 AM

Solat hajat dan Doa hancurkan parti lawan dah di terbalekkan ke batang hidung PAS sendiri, cuba korang lihat dan teliti apa yang PAS buat sekarang ni membiat kan org Islam makin jauh dari pahaman parti ni

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger