Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu.
Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.
"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharudin masih kekal sebagai anggota parti itu.
Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.
"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.
Nasharudin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.
Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharudin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.
- BERNAMA
+ comments + 2 comments
Apa lagi Dato' kasi lawan lah Al Jub, ikut jer beliau nak tanding kat mana.
N.ajis keburukan orang tak nak sebut. Keburukan sendiri tak malu pula tunjuk.
Betul ke ustaz Nasha ni puaka? Berani mati pulak dia pergi Gaza.
yang tercalon pun belum tentu menang. Keadaan semakin parah sekarang he he he
Ustaz Nasha jadi Ibrahim Ali lah. Lawan di bacuk sebagai bebas ha ha ha. Panggil Hassan Ali kempen sama.
Post a Comment