Label 10

Home » » Nasharudin Mat Isa Hanya Ahli Pas Biasa !! - Hadi Awang

Nasharudin Mat Isa Hanya Ahli Pas Biasa !! - Hadi Awang

Written By AAKJ on Thursday, January 31, 2013 | 10:00 PM



Nasharudin Mat Isa kini hanyalah seorang ahli biasa parti selepas bekas Timbalan Presiden Pas itu dipecat daripada menganggotai Majlis Syura Ulama parti.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang berkata, malang bagi UMNO kerana mendapatkan bantuan daripada seorang ahli biasa parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan maksud bantuan yang dimaksudkan tetapi dipercayai berkaitan penyertaan Nasharudin ke Gaza bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

''Dia ahli biasa Pas. Sangat malang bagi UMNO tiada orang, terpaksa ambil bantuan ahli biasa Pas,'' katanya kepada pemberita selepas ceramah perasmian Karnival Kedah Sejahtera Pas Kawasan Pokok Sena di sini malam tadi.

Beliau ditanya mengenai status Nasharudin selepas dipecat sebagai anggota Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 31, 2013 at 11:10 PM

Abdul Hadi Awang terlalu ego. bukan pangkat orang hendaki..tetapi ilmu dan pengalaman yang menjadi keutamaan.

Anonymous
January 31, 2013 at 11:21 PM

Nik Ajis kata Ust. Nasha dah dipecat terus dari parti hamPAS. Hj. Hadi kata masih jadi ahli biasa saja. Nama tak potong lagi. Yang mana satu ni.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger