Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan antara enam hingga tujuh tahun ditemui tersangkut di tepi bot di Jeti Sungai Sireh berhampiran Flat Sri Perantau dekat sini, petang semalam.
Mayat yang belum diketahui identitinya itu ditemui masih berkemeja T kolar bulat dengan tulisan 'Active Group, Best Team' berwarna jingga kekuningan.
Ketika ditemui orang awam kira-kira jam 6.30 petang tadi, mayat itu memakai seluar pendek yang sama warna dengan bajunya dan dalam keadaan tidak memakai kasut.
Difahamkan sehingga jam 12 tengah malam, polis sedang melakukan siasatan bagi menentukan adakah mayat itu William Yau Zhen Zhong, iaitu kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya, minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof, berkata pihaknya masih belum mengetahui identiti mangsa selain kecederaan yang dialaminya.
Katanya, keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan menyukarkan pengecamannya.
"Polis percaya mangsa adalah warga tempatan dan berkulit putih.
Katanya, keadaan mayat yang sudah mengalami proses pereputan menyukarkan pengecamannya.
"Polis percaya mangsa adalah warga tempatan dan berkulit putih.
"Setakat ini siasatan ke atas badan mangsa, tidak menemui sebarang kesan jenayah dan percaya mangsa sudah beberapa hari terendam di dalam air," katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), malam tadi.
Mohamad berkata, proses DNA akan dijalankan dan keluarga William turut akan dipanggil untuk menjalani proses yang sama.
Mohamad berkata, proses DNA akan dijalankan dan keluarga William turut akan dipanggil untuk menjalani proses yang sama.
Post a Comment