Label 10

Home » » Live !! Himpunan I Love Samsidar 1000 Orang !! Kak Jijah Senyum Meleret !!

Live !! Himpunan I Love Samsidar 1000 Orang !! Kak Jijah Senyum Meleret !!

Written By AAKJ on Saturday, January 12, 2013 | 2:54 AM


Mat Sabu Panik

Festival Rakyat: Rapat Kemuncak Mengira Detik #KL112 yang dianjurkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu ternyata gagal.
Himpunan yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.15 malam masih lagi tidak berlangsung seperti yang dijadualkan.
Ini kerana, jumlah pengikut yang hadir pada himpunan pada malam ini tidak mencapai jumlah 500 orang seperti yang disasarkan oleh Pengerusi Penyelaras Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu atau Mat Sabu.
Hingga kini, jumlah pengikut yang hadir dianggarkan tidak melebihi 200 orang.
Padang Kelab Sultan Sulaiman masih lagi lengang dan tidak diisi oleh pengikut-pengikut yang hadir.
Ketika ini, penganjur Festival Rakyat memaklumkan himpunan malam ini bermula jam 9.00 malam.
Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard terpaksa meminta orang ramai yang berada dan berjalan di luar kelab untuk masuk ke padang memeriahkan himpunan Festival Rakyat.
Festival Rakyat diadakan malam ini sebagai upacara mengira detik #KL112 iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada hari esok yang bertempat di Stadium Merdeka.
Ceramah dalam festival sepatutnya berlangsung jam 8.15 malam.
Seramai 47 orang penceramah dijemput untuk memberikan ceramah kepada pengikut-pengikut HKR.
Antaranya seperti, Teng Chua, Cikgu Normala, Profesor Bala Subramaniam, Abby Abadi, Hairi Othman dan ramai lagi.

photo 2 (2)
photo 4
DSC_9945
DSC_9957

Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
January 12, 2013 at 7:01 AM

biggest liar...i was there last night and the turnover was quite good.

Anonymous
January 12, 2013 at 7:07 AM

Such WASTE of time, energy and money to support BONTOT Shamsidar....Ha ha ha

Anonymous
January 12, 2013 at 7:24 AM

Membuang masa dan menunjukkan sikap bahalul mempertahankan orang yang berzina.

Anonymous
January 12, 2013 at 8:30 AM

Oo..ko ni antara yg hadir pertahankan zina anwar-shamsidar..shame on you..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger