Label 10

Home » » Isu Kalimah Allah ! JAIS & MAIS Bacul ?!

Isu Kalimah Allah ! JAIS & MAIS Bacul ?!

Written By AAKJ on Friday, January 11, 2013 | 8:00 PM





Kenyataan Media

Kami rakyat Selangor ingin melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang meminta agar kerajaan Malaysia membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu.

Kami rakyat Selangor menyokong sepenuhnya ketegasan Sultan Selangor yang telah membuat ketetapan dan menitahkan bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010.

Kami rakyat Selangor ingin mendesak MAIS dan JAIS untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang masih mempersoalkan atau memperlekehkan Fatwa, Enakmen dan Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara ini.

Kami rakyat Selangor mendesak semua pihak agar menghormati Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang  digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Seksyen 9, Enakmen ini dengan jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam di dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

Kami rakyat Selangor ingin menasihatkan orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam bagi mengelakkan permusuhan dan salah faham pelbagai agama dan kaum di negara ini.

Kami rakyat Selangor juga mendesak agar semua pihak terutamanya parti politik agar tidak menggunakan atau memperalatkan agama Islam sebagai modal politik kerana ia boleh mengakibatkan kekeliruan rakyat, persengketaan antara kaum dan agama, memudaratkan keamanan serta membawa kemusnahan ekonomi dan tamaddun yang telah kita bina di negara ini.

Kami rakyat Selangor ingin memberikan amaran kepada semua parti politik, JANGAN kita menang jadi abu, kalah jadi arang dalam mengejar kuasa dinegara ini. Musuh-musuh luar negara sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri kita, mereka irihati dengan keharmonian di negara kita dan mereka sentiasa mencari peluang mewujudkan sengketa antara agama dan kaum dibumi Malaysia.

Hormatilah sesama kita, Hormatilah sesama agama, hormatilah sesama bangsa. Bersatu lah Demi Selangor, Bersatu lah Demi Malaysia.

Hamidzun Khairuddin
Jurucakap/Mewakili
NGO-NGO Prihatin Negeri Selangor
Shah Alam, 11 Jan 2013
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger