Label 10

Home » » Isteri PM Bergelumang Bantu Rakyat..Wan Jijah Bergelumang Dosa !!

Isteri PM Bergelumang Bantu Rakyat..Wan Jijah Bergelumang Dosa !!

Written By AAKJ on Monday, January 7, 2013 | 4:00 PM


Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua Pandu Puteri Malaysia sekali lagi sanggup mengotorkan tangannya, namun kali ini beliau memilih untuk melakukan aktiviti membersihkan masjid serta sekolah agama rakyat pula.
Menghadiri Program Gotong Royong Membersihkan Masjid Al-Amin serta Sekolah Agama Rakyat Al-Amin di Kuantan, Pahang, perkara itu bagi Rosmah bukanlah sesuatu yang berat.
Tidak langsung nampak kekok ketika melakukan aktiviti mengecat dinding dilakukan bersama-sama dengan ahli-ahli Pandu Puteri.
Apa yang lebih menarik, selepas tidak begitu kisah untuk melakukan kerja-kerja yang agak kotor itu, Rosmah lantas beralih kepada aktiviti menanam pokok di kawasan berdekatan sekolah agama rakyat.
Dengan memfokuskan kepada kerja-kerja pengindahan sama ada rumah ibadat mahupun institusi keagamaan itu, Rosmah dilihat begitu gembira melaksanakan tugas yang amat jarang sekali dilakukan oleh seorang isteri pemimpin terkemuka.
Menerusi majlis yang sama, Rosmah turut menyumbangkan dana RM5,000 kepada sekolah agama rakyat terbabit dalam usaha untuk membangunkan ilmu keagamaan di peringkat awal.
Dalam pada itu, Pengerusi SAR Al-Amin, Ustaz Shabati Md Lela memberitahu sekolah yang telah diwujudkan sekitar 1970-an itu sememangnya memerlukan dana bagi memperbesarkan bangunan selain untuk kelengkapan sekolah.
Katanya, dengan keadaan bangunan sekarang tidak mampu menampung bilangan pelajar seramai 204 orang malah keadaan itu membuatkan pihak sekolah terpaksa mengadakan kelas di bahagian anjung bangunan.
“Kita dah lama bina sekolah… memang sekolah ini ada terima bantuan atau sumbangan daripada beberapa pihak namun ia masih belum mencukupi.
“Jadi dengan sumbangan yang Datin Seri (Rosmah) beri ini sedikit sebanyak meringankan bebanan.
“Apa yang membuatkan saya terkejut adalah apabila Datin Seri bukan sahaja datang untuk sampaikan sumbangan tetapi boleh pula dia nak mengecat sekali dengan kita,” katanya dengan nada gembira kepada pemberita.
Aakj ; dapat pahalakah Wan Jijah melindungi aksi jam omega suaminya dengan pelacur ? berbohong pada rakyat..berbohong dengan bersumpah ? ehhh wan jijah bersumpah ke hahaha opsss...
Untuk galeri gambar – KLIK SINI
Selanjutnya baca d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger