Laungan "kami tidak boleh masuk tapi PKR boleh pula" mula kedengaran ,setelah berulang kali berunding dengan anggota PDRM yang berkawal tetapi kebenaran untuk masuk kepekarangan Kompleks Mahkamah tidak juga memihak kepada peserta OPS Sapu Bar Council.
Suasana menjadi tenang seketika bagi menunggu
keputusan rundingan dengan pihak berkuasa,setelah keputusan tidak menyebelahi peserta OPS Sapu ,suasana
dipintu masuk Kopleks Mahkamah sekali lagi dikerumuni,kali ini suasana mula
tegang apabila pintu pagar mula digegar
dengan kuat .
Kelihatan Pihak polis cemas seketika apabila peserta
OPS Sapu Bar Council mula
menyuarakan ketidakpuasan terhadap pihak berkuasa dengan Suara Yang lebih
keras.
Setelah berunding selama sejam kelihatan saudara Mohd Khairul Azam Abdul
Aziz keluar dari bangunanan Mahkamah dan
bertemu dengan peserta OPS Sapu Bar
Council,disini kelihatan Saudara Mohd Khairul Azam sebak dan tidak
berkata apa-apa melainkan berpelukan dengan sebahagian peserta.
Sementara itu
kedengaran suara melaungkan "Azam Kamu tidak keseorang melawan Bar Council,kami semua datang
menyokong kamu" ada juga suara melaungkan Azam hero kami"
Jeritan-jeritan seperti bersihkan Bar Council
jelas kedengaran semasa himpunan OPS
Sapu Bar Council.
Kali ini yang pastinya Bar Council tidak akan
dapat tidur malam biarpun tindakkan
menyamannya dianggap seperti Nyamok
gigit gajah.Namun begitu virus
dibawa oleh nyamok mampu melumpuhkan manusia,percayalah ia akan berlaku pada
Bar Council
Himpunan aman bagi menyokong tindakan Saudara
Mohd Khairul Azam yang menyaman Bar Council
akan diadakan setiapkali kes tersebut dibicarakan biarpun 10 atau 20
tahun.
Setelah 15 minit Saudara Mohd Khairul Azam berada
bersama peserta himpunan OPS Sapu Bar Coucil yang juga penyokongnya, pihak PDRM
kelihatan mula membenarkan 10 wakil dari peserta OPS Sapu Bar Council masuk ke
Kompleks Mahkamah bagi menyerahkan Memorandum Bantahan terhadap tindak tanduk
Bar Council selama ini.
Untuk pengetahuan ,himpunan OPS Sapu Bar
Council di sertai oleh semua kaum ,dan
untuk pengetahaun juga Kaum cina turut kelihat berada di tapak parking kereta
pada seawal Jam 7:30 pagi,hal ini disaksikan sendiri oleh penulis.
Kepada sahabat-sahabat yang turut bertungkus
lumus dalam menjayakan Himpunan OPS Sapu Bar Council yang telah berjaya diadakan pada hari
ini.diharap dapat melipat ganda lagi hebahan terutama melalui Media Baru
,seperti FB,Blog dan lain-lain laman sosial.
Sediakan satu banner kempen
untuk rakan-rakan blogger pasangkan pada Blog dan FB mereka,penulis
menyuarakan ini berikutan runggutan beberapa pengandali blog yang sedia
membantu promote gerakan OPS Sapu Bar Cauncil.
Himpunan
hari ini adalah lambang kejayaan masa depan .....
+ comments + 1 comments
Perjuangan yang ikhlas..In Sya Allah..sentiasa akan disokong..teruskan..jgn tunduk kepada mereka yg tak tahu undang2..nama saja peguam tapi bodoh..undang2 diuruskan mengikut acuan mereka..apa bar council ingat kita ni bodoh mcm mereka..!!!!!!!puak2 mcm ni sememangnya patut diberikan pengajaran supaya mereka ni faham...lawyer bingai..
Post a Comment