Label 10

Home » , , , , , » Foto & Video ! Pejabat Adun Pas Jadi Broker Jual Tanah ?

Foto & Video ! Pejabat Adun Pas Jadi Broker Jual Tanah ?

Written By AAKJ on Sunday, January 27, 2013 | 10:00 PM


Mereka pada mulanya tak tahu, tanah itu rezab, tanah rezab. Biasa la orang kampung, mana pernah peduli pasal tanah rezab atau tanah hak kerajaan. Tiba-tiba kerajaan negeri Pas, datang ambil balak dikawasan berkenaan. Malah ada diantara tanah orang kampung yang telah diceroboh dan menjejaskan mata percarian mereka.

Situasi tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada penduduk kampung Iboi. Untuk mengambil hati penduduk yang marah dengan perbuatan kerajaan negeri. Kerajaan negeri merancang untuk menawarkan tanah pembalakan dan geran pada yang telah mempunyai tanah di kawasan berkenaan.

Tetapi benarkah kerajaan negeri Kedah yang nak tawarkan tanah bergeran kepada penduduk Kampung Iboi?

Ini yang menjadi persoalan.


Diatas adalah alamat pejabat YB Johari Abdullah, Adun Kupang, Adun Pas Kedah. Tengok alamatnya betul-betul, kalau boleh hafal sekali.

Orait.. kalau korang dah hafal alamat pejabat dia, sekarang kita lihat pula surat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang sememangnya didalangi oleh Pas Kupang. Perhatikan betul-betul!

Pejabat Adun Pas Kupang, telah digunakan oleh Jawatankuasa Gunung Inas, untuk berfungsi lebih kurang pejabat tanah. Kiranya pejabat adun tu jadi pejabat tanah PAS lah. Siap boleh keluarkan resit untuk buat permohonan tanah.

Tapi yang menjadi sangsi, resit itu pula bukan dari pejabat tanah daerah. Resit yang mereka berikan, resit buatan sendiri yang dicop oleh Jawatankuasa Gunung Inas. Jawatankuasa yang didalangi oleh Pas ini mengambil duit permohonan dari penduduk kampung, kononnya akan memfailkan permohonan kepada pejabat tanah.

Urusan permohonan dan pembayaran ini dilakukan oleh orang-orang YB Johari. Siapa yang tak teruja bila boleh memohon tanah ikut suka kita. Tentulah berpusu-pusu orang kampung ke pejabat Adun untuk memohon tanah dan geran tanah. 

Pelik juga bila mengetahui perkara ini. Urusan pejabat tanah boleh dibuat di PEJABAT WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. Macam ada yang tak kena saja ni?

Sepatutnya, segala urusan berkenaan dengan Tanah Rezab Kerajaan di bawah urusan Pejabat Tanah Daerah Baling, maknanya disini, PAS Kupang mengambil kesempatan ke atas permohonon Tanah Rezab Kerajaan. 

Mc difahamkan, jumlah bayaran yang di buat pemohon tanah geran tu dah mencecah ratusan ribu ringgit. Di kampung itu saja jumlah pemohon melebihi 50 orang. belum lagi dicampur orang luar yang datang bukan sahaja dari dearah Baling, tetapi sekitar negeri Kedah.

Benda ni betul ke tipu? Kita tengok lagi,






Bila dah bayar, pemohon akan diberikan surat diatas. Lihat surat yang dikeluarkan PEJABAT YB PAS KUPANG, SURAT TANPA NAMA dan COP PUN TIADA. Apakah surat ini sah? Tengok lagi gambar dibawah, resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Pejabat YB. 


YB Joe ni pandai, dia keluarkan khabar angin bahawa, dia akan tolong penduduk kampung dapatkan geran dengan cepat. Kononnya dia boleh, disebabkan dia ni YB Pas, kabel dengan Azizan pun kuat jadi dia akan tolong semua penduduk kampung.

Tapi benarkah dia akan tolong? Atau semua ini penipuan?


Kita bersambung lagi kisah permohonan tanah di pejabat Pas Kupang. Sambungan dari pendedahan pukul 8.30 pagi tadi. Kisah permohonan tanah tu, kisah dah lama, hampir dua tahun lepas. Kita tengok apa jadi lepas dua tahun?

Penduduk kampung Iboi ditipu!! Mana boleh Pejabat Adun Pas Kupang boleh gantikan kerja pejabat tanah. Ada penduduk kampung yang telah membuat semakan di Pejabat Tanah Daerah Baling, memang tidak ada langsung permohonan dan semua bayaran yang mereka buat entah pergi ke mana.

Sudah la orang kampung ini bukan dari kalangan orang yang berada. Hanya hidup mencari makan dengan kerja-kerja kampung. Dah la susah, lagi mereka ditipu. Ditipu pulak oleh YB Pas yang mereka pilih dan percaya. Tengok gambar dibawah, berapa ramai agaknya yang kena tipu.

Uihh.. ramai juga yang kena tipu, atas rayuan penduduk kampung yang kena tipu. UMNO Kedah dan UMNO Baling telah bekerjasama dengan UMB Kedah untuk membuat dialog bersama peguam (penasihat undang-undang UMB). 

Dialog bersama peguam untuk memastikan bahawa benarkah mereka ditipu, apa tindakan yang mereka boleh buat selepas ini, dan jalan penyelesaian kepada segala permasalahan ini.


Memang kesian Mc tengok semalam, ramai orang kampung meluahkan perasaan. Malah ada penduduk kampung yang menangis disebabkan penipuan yang dilakukan oleh Adun Pas Kupang.

Bayangkanlah, hasrat mereka untuk memiliki tanah dikecewakan begitu saja. Ada yang habis berpuluh ribu ringgit tuntuk membayar permohonan tanah, tetapi setelah lebih dua tahun menunggu, mereka kecewa. Malah apabila disemak, permohonan di pejabat tanah tidak pernah dibuat. Apakah itu bukan penipuan?


Gambar diatas adalah resit pembayaran yang dikeluarkan oleh pejabat Adun Kupang, banyak kan? Peguam bersama Ketua Pemuda UMNO Baling dan Adun Bayu membuat semakan keatas resit yang dikumpul.

Setelah semakan dibuat, memang jelas resit pembayaran dibuat oleh Jawatankuasa Gunung Inas, yang beralamat di Pejabat YB DUN Kupang.

Sememangnya ada kesalahan undang-undang yang dilakukan disini. Mana boleh Pejabat DUN mengutip bayaran permohonan tanah yang sepatutnya dikeluarkan oleh pejabat tanah.

Malah resit yang dikeluarkan, bukan resit rasmi dan permohonan yang mereka lakukan dua tahun lepas, tidak pernah didaftar langsung di pejabat tanah.

Ini membuktikan bahawa Pas menipu penduduk kampung, rakyat Baling dan rakyat Kedah. Pembaca boleh tengok video Adun Bayu yang mempunyai pendapat tersendiri.



Ternyata, Adun Bayu YB Dato' Che Azmi mahu melihat semua ini diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Kalau mereka tidak dapat selesaikannya. Biar beliau dan Kerajaan Negeri Kedah yang baru selesaikan semua ini.

Episod penipuan ini tidak hanya selesai disini, Mc akan update isu ini hari demi hari. Kita dedahkan apa yang Pas buat di Kedah. 

Sudah la tidak menolong rakyat, Pas menipu dan curi duit rakyat pulak tu. Apakah semua ini boleh dimaafkan?


Baca d SINI
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 27, 2013 at 11:05 PM

Sekali lagi bukti yang menunjukkan Pemimpin2 PAS songlap duit rakyat. Mungkin dah terbiasa songlap duit derma mangsa Mamali kot. Nak cakap pe lagi.

Anonymous
January 28, 2013 at 1:05 AM

Kat tganu masa thn 2004 dulu pun masa last minit nak pilihanraya Puak Khawarij bodo ni pun sibut buat promosi nak agihkan tanah..ada sesiapa yg tau detail..cer citer

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger