Label 10

Home » » Foto DS Rosmah Berbelanja USD800 Ribu Pula Kali Ini !!

Foto DS Rosmah Berbelanja USD800 Ribu Pula Kali Ini !!

Written By AAKJ on Thursday, January 24, 2013 | 10:00 PM


alt

GAZA, 24 Jan. - Malaysia telah menyampaikan sumbangan khas berjumlah USD800 ribu bagi menampung beberapa keperluan di Hospital Kanak-Kanak Nasser di sini semalam.

Sumbangan hasil kutipan rakyat Malaysia itu telah disampaikan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengadakan lawatan kemanusiaan di Hospital berkenaan.

"Kita di Malaysia sentiasa memahami penderitaan rakyat di Gaza terutamanya golongan kanak-kanak dan wanita," katanya kepada pemberita pada sesi lawatan yang turut diiringi isteri Perdana Menteri Palestin Madame Amaal Hania.
 
alt

Beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah US10 ribu kepada rumah anak-anak yatim di Negara yang ditindas rejim Israel itu.

Dalam perkembangan sama, Rosmah telah menawarkan 5 kawasan khusus buat kanak-kanak Palestin yang berbakat menerusi program Permata Negara (PERMATA).

Beliau yang juga Penaung PERMATA berbesar hati untuk menampung perbelanjaan hidup pasangan kanak-kanak Palestin yang dijadikan sebagai anak angkat beliau.
 
Rosmah hadir ke Gaza menemani Perdana Menteri diiringi delegasi dari Malaysia sebelum meneruskan lawatan kerja tiga hari ke Mesir.

Perdana Menteri telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Mohamed Morsi dan Perdana Menteri Mesir Dr Hesham Qandi.

Share this article :

+ comments + 5 comments

January 24, 2013 at 10:13 PM

takde yg kata rosmah boros & membazir ke?

Anonymous
January 24, 2013 at 10:19 PM

Jangan adalah JELES ya..........

Anonymous
January 24, 2013 at 10:20 PM

Jangan CEMBURU ya.....

Anonymous
January 24, 2013 at 11:44 PM

TU Haaa...hangpa tak nampak ka....tangan dok huloq 'resit'. Dok esok-esok nanti...tau-tau 'resit' tu dah ada kat PR. Kah..kah...kah.

EVLee

Anonymous
January 25, 2013 at 1:07 AM

Wan jijah berbelanja air mata untuk menjadikan manusia gay melayu pertama jadi PM. Only few buying but majority reject this kind of act . So till she ganyut nak mampos pun air mata dia tak laku jadi modal. She and her gay partner will rot in this world. No need to wait till kiamat pun. Both will die dengan penuh hina.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger