Australia Dan Malaysia – Berdagang Bersama, Belajar Bersama Dan Bekerja Bersama
Saya bersama dengan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard.
Untuk
memastikan agar ia dikenali sebagai Abad Asia, Australia telah
melakukan pelbagai inisiatif untuk merapatkan lagi hubungannya dengan
negara-negara jiran mereka. Mereka dilihat memberi perhatian yang lebih
kepada Asia dan Asia Tenggara khususnya apabila Menteri Luarnya, Bob
Carr telah melakukan beberapa lawatan kerja ke rantau ini termasuk ke
Malaysia pada bulan lalu. Malah, Perdana Menteri Australia, Julia
Gillard mengeluarkan kenyataan yang menyatakan “menyesuaikan diri dengan
pembangunan di Asia adalah…matlamat negara kita seterusnya”.
Selama ini kita telah melihat beberapa manfaat yang berjaya dikecapi hasil daripada kerjasama ini. Antaranya adalah Malaysia kini merupakan rakan dagangan ke-10 terbesar di Australia dengan dagangan dua hala yang berjumlah hampir A$16 bilion pada tahun kewangan terakhir. Ia dijangka meningkat lagi menjelang 2013 dengan perlaksanaan Perjanjian Perdangan Bebas Malaysia-Australia yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari lalu. Ini sekali gus memberi peluang kepada para pengeksport kita untuk memasuki pasaran Australia.
Sila baca seterusnya di blog saya bertajuk Australia Dan Malaysia – Berdagang Bersama, Belajar Bersama Dan Bekerja Bersama ' di sini
Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.
Najib Razak

Post a Comment