Label 10

Home » » DS Rosmah Bantu Angkut Air ! Wan Jijah Angkut Apa ?

DS Rosmah Bantu Angkut Air ! Wan Jijah Angkut Apa ?

Written By AAKJ on Monday, January 14, 2013 | 6:00 AM


“Di rumah saya pun adakalanya bekalan air terputus, jadi saya boleh katakan saya memahami keperitan penduduk disini,”.
Demikian luahan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika berucap di hadapan ratusan penghuni Flat Sri Melaka, Cheras pada satu siri gerakan Pandu Puteri bagi membantu golongan yang memerlukan.
Selaku Yang Di Pertua Pandu Puteri Malaysia, bagi Rosmah adalah menjadi kewajipan pertubuhan itu untuk membantu penghuni Flat Seri Melaka yang sengsara akibat terputus bekalan air sejak 29 Disember 2012.
Menyedari hal ini, lantas Rosmah dengan pantas menggerakkan ahli-ahli Pandu Puteri supaya memulakan bantuan dengan membantu golongan warga emas mengangkat air ke rumah masing-masing.
“Saya juga ingin mengatakan bahawa saya memahami betapa susah dan peritnya untuk penghuni disini mengangkat air dari bawah ke atas.
“Tambahan lagi saya dimaklumkan bahawa kebanyakkan penghuni disini adalah dikalangan warga emas maka memang payah dengan usia begitu untuk mengangkat air sehingga ke tingkat empat.
“Tetapi apa-apa pun kita kena ucapkan terima kasih kepada SYABAS yang ada tolong sediakan tangki air,” katanya
Rosmah menambah, sebagai manusia normal adalah menjadi satu kemestian untuk membantu golongan yang memerlukan apatah ia melibatkan warga emas.
Malah katanya, soal amalan kebajikan seharusnya dilakukan dengan hati yang ikhlas dan terbuka tanpa mengira mana-mana ideologi politik.
“Tujuan saya hari ini bukanlah untuk berkempen sebaliknya saya nak turun dan lihat sendiri bagaimana kesusahan orang-orang di flat ini.
“Jadi saya jenguk dan lawat, sebaik sahaja saya dengar disini ada rakyat di dalam kesusahan justeru saya galakkan pasukan pandu puteri untuk lakukan kerja-kerja amal… sesuai dengan motto Pandu Puteri iaitu menolong orang selalu.
“Saya ingin nyatakan disini, walau apa pun ideologi politik kita, yang penting kita perlu kita ingat adalah setiap rakyat perlu mendapat perlindungan dan bantuan,” katanya.
Menurut Rosmah, air merupakan satu keperluan hidup yang sangat penting dalam kehidupan justeru adalah penting untuk golongan yang mampu menghulurkan bantuan.
“Terutama sekali bantuan keperluan harian seperti air amat diperlukan untuk kita teruskan hidup.
“Contohnya sebagai manusia kita perlukan air dan elektrik, jadi kalau tidak ada semua itu kita susah juga,” katanya.
Dalam majlis tersebut, Rosmah turut membantu mengedarkan tong air mineral kepada rumah warga emas yang uzur.
Ternyata kedatangan Rosmah ke penempatan berkenaan telah menimbulkan perasaan terharu dikalangan rakyat terutama dikalangan warga emas.
Apa tidaknya, dalam keadaan hujan yang lebat, Rosmah tanpa sedikit rasa canggung pun telah turun bersama-sama ahli-ahli Pandu Puteri lain bagi mengedarkan air mineral kepada penghuni flat.
Ternyata kewibawaan serta sikap rendah diri Rosmah itu, telah membuka mata banyak pihak yang seringkali mendengar tomahan dari golongan yang tidak bertanggungjawab.
Untuk geleri foto – KLIK SINI

Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
January 14, 2013 at 8:07 AM

Baik macam ni pun kena fitnah. Tapi yang berzina dgn nuar dipuja dan disanjung... siap buat perhimpunan tuu...

Anonymous
January 14, 2013 at 8:10 AM

Nuar janji bulan dan bintang... kalau dah terdesak sgt, sesiapa yg undi pembangkang nuar janji akan 'main' seround... hehehehe

Anonymous
January 14, 2013 at 8:41 AM

Anuwar dapat SEDAP! peserta himpun dapat ? heh hehe heh PENAT!

January 14, 2013 at 9:59 AM

mohon bertaut diblog tuan yang hebat ini

Safuan Hamdan
January 14, 2013 at 11:31 AM

Lapang hati saya lihat Datin Rosmah yang datang tanpa disangka dan beri bantuan air minuman. Datang macam orang biasa je! Kalau pemimpin PR, kena buat surat dulu baru datang tengok kami kot!

January 14, 2013 at 4:13 PM

Terima kasih kepada Datin Sri Rosmah yang sudi melawat ke teratak buruk kami. Ingatkan takde langsung pemimpin yang nak jenguk kami, rupanya masih ada lagi yang sudi. Nak harapkan Khalid Ibrahim, Zuraida Kamaruddin dan Jenice Lee, sampai kiamat pun belum tentu!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger