Label 10

Home » » SELANGOR !! WARONG MILIK PENJAJA MELAYU D ROBOHKAN !! FOTO !

SELANGOR !! WARONG MILIK PENJAJA MELAYU D ROBOHKAN !! FOTO !

Written By AAKJ on Thursday, December 6, 2012 | 10:00 PM






Tindakan Kerajaan Pakatan Haram Selangor merobohkan 12 gerai penjaja Melayu yang terletak berhampiran perhentian Teksi Klang Utara, hari ini membuktikan sikap Kerajaan PR Selangor kejam dan zalim. Perobohan gerai penjaja ini adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab oleh Kerajaan PR Selangor terhadap peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi berniaga di Bandar Klang. 


Disebabkan Kerajaan PR Selangor gagal untuk menyediakan kemudahan penjaja makanan di bandar Klang terutamanya kepada peniaga Melayu, telah menyebabkan peniaga-peniaga bertindak menyewa tanah kosong untuk mendirikan gerai sementara untuk berniaga demi mencari rezeki untuk keluarga.

Perobohan gerai ini merupakan perbuatan penguasa yang zalim. Kerajaan PR Selangor wajar berunding dan bertolak ansur dengan pelbagai kesulitan yang Rakyat Selangor alami sekarang. Peniaga wajar diberikan pampasan sekiranya gerai mereka hendak dirobohkan. 


Peniaga juga wajar dipindahkan ke tempat yang berhampiran untuk mereka meneruskan usaha mencari rezeki dalam perniagaan. Klang Bandar Diraja yang aman dan makmur memerlukan kerajaan yang prihatin terhadap permasalahan rakyat, bukan menghukum kesalahan rakyat yang berpunca dari sikap Kerajaan PR Selangor yang tidak mahu memahami penderitaan rakyat marhaen akar umbi.

SUMBER
Share this article :

+ comments + 1 comments

December 11, 2012 at 11:31 PM

Gerai indon lah. kawasan tu memang banyak gerai indon.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger