Label 10

Home » » SELANGOR TUTUP KLINIK KESIHATAN KERANA POLITIK ?!! FOTO !!

SELANGOR TUTUP KLINIK KESIHATAN KERANA POLITIK ?!! FOTO !!

Written By AAKJ on Thursday, December 13, 2012 | 6:00 PM





Klinik Desa Batu 10 Kebun Baru yang terletak dalam Daerah Kuala Langat Selangor telah mula beroperasi sejak tahun 60an.

Lebih 50 tahun klinik tersebut telah berbakti kepada peduduk sekitar untuk bermacam-macam jenis rawatan , termasuklah bagi pemeriksaan ibu-ibu mengandung.


Kementerian Kesihatan mengambil keputusan untuk meningkatkan segala kemudahan di klinik tersebut termasuklah bahagian bangunan bagi kemudahan rakyat serta kakitangan yang bertugas.

Untuk memberi laluan kepada projek menaik taraf bangunan tersebut, maka perkhidmatan klinik kepada orang ramai di bangunan itu terpaksa dihentikan selama empat bulan.

Kementerian Kesihatan boleh membuat keputusan untuk menutup terus klinik dikampung berkenaan sementara kerja-kerja naik taraf siap dilakukan, dan penduduk kampung boleh diminta ke klinik-klinik lain, ke Banting atau ke Klang untuk dapatkan rawatan.

Tetapi Kementerian Kesihatan tidak lakukan semua itu sejajar dengan slogan kerajaan, 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Kerajaan KEBAJIKAN Selangor untuk menggunakan balai raya di kampung berkenaan sebagai klinik sementara. Namun ianya tidak dipedulikan dan tidak berjaya.

Kawasan berkenaan adalah kawasan kampung dan bukannya senang untuk mendapatkan premis yang bersesuaian bagi dijadikan klinik sementara. 





Lalu muncul seorang penduduk kampung menawarkan sebuah kedainya yang uzur untuk dijadikan klinik sementara. Oleh kerana tiada pilihan lain , Pejabat Kesihatan Daerah telah menerima tawaran tersebut dan mereka terpaksa keluarkan bajet terlebih dahulu untuk kerja-kerja ubahsuai kedai tersebut yang uzur sebelum boleh dijadikan klinik sementara.

Kedai uzur yang dijadikan klinik sementara



Persoalannya sekarang , dimanakah laungan PKR, PAS dan DAP selama ini yang mengatakan mereka kerajaan kebajikan, utamakan rakyat, perjuangan rakyat, rakyat, rakyat, rakyat, rakyat ? 



Tiada guna bercakap berdegar-degar jika nak pinjamkan balai raya untuk kepentingan rakyat pun tak boleh .



Mereka sering menuduh kerajaan BN zionis, zalim , kejam dan sebagainya. Sekarang siapa yang zalim ?





Share this article :

+ comments + 1 comments

December 13, 2012 at 8:04 PM

Inilah akibatnya bila dibiarkan kaduk naik junjung. Mereka terlupa bahawa balairaya yang dibina oleh kerajaan terdahulu (BN) adalah untuk kepentingan rakyat dan penggunaannya sebagai klinik sementara juga adalah untuk kepentingan rakyat juga. Demi kepentingan diri ada yang sanggup mengorbankan segelintir rakyat untuk membusukkan Kementerian Kesihatan di bawah Kerajaan Pusat mengikut cara yahudi "Casualties are require in war."

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger