Label 10

Home » » LELAKI...JADILAH "THE CHAMPION OF CHANGE" !!

LELAKI...JADILAH "THE CHAMPION OF CHANGE" !!

Written By AAKJ on Thursday, December 20, 2012 | 9:00 AM


“Jangan kita biarkan masa depan golongan wanita dan anak bangsa punah malah menjadi gelap hanya kerana kita tidak prihatin terhadap nasib menimpa mereka,”.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyeru semua pihak supaya lebih prihatin dengan isu keganasan terhadap kaum wanita yang semakin menjadi-jadi sejk akhir-akhir ini.
Katanya, keganasan terhadap kaum hawa perlu dibendung bukan sahaja kerana ia memberi impak negatif kepada institusi kekeluargaan malahan perilaku itu juga turut merencatkan agenda pembangunan negara.
Rosmah menambah, perlakuan seperti itu juga mempunyai kesan yang sangat mendalam terhadap wanita atau anak-anak yang pernah menjadi mangsa selain mengugat kesihatan mental dan fizikal seseorang.
“Sejak akhir-akhir ini sering kali kita dengar mengenai kes-kes keganasan sama ada yang melibatkan wanita mahupun anak-anak… saya sendiri tidak faham… dimanakah hilangnya sikap perikemanusiaan manusia itu pada zaman ini.
“Kita dapat lihat kesan daripada perilaku keganasan ini boleh memberi impak dalam pelbagai aspek… mungkin mangsa akan hanya mengalami kecederaan ringan dan ada sesetengah kes ia mengundang maut.
“Ia menyebabkan wanita tidak berupaya untuk bekerja, kehilangan pendapatan dan tidak mampu untuk menjaga diri sendiri, anak-anak serta keluarga,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita,pagi tadi.
Rosmah menambah pelbagai tindakan afirmatif yang merangkumi aspek perundangan, dasar, mekanisme pelaksanaan dan program telah diambil kerajaan demi kesejahteraan wanita di negara ini.
Katanya, antara langkah yang dilakukan termasuklah dari segi perundangan yang merangkumi pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga dan penggubalan Akta Anti Pemerdangangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran, katanya.
Kewujudan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara pula menunjukkan keperihatinan kerajaan untuk memastikan golongan wanita terus mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Bagaimanapun menurut Rosmah, tindakan untuk menangani keganasan terhadap wanita tidak harus dipikul kerajaan semata-mata, sebaliknya semua pihak berkepentingan mempunyai peranan masing-masing bagi memastikan gejala itu dapat ditangani secara lebih bersepadu dan berkesan.
“Peranan angggota masyarakat juga penting…usah biarkan masa depan wanita dan anak bangsa kita menjadi gelap kerana kita tidak prihatin terhadap nasib menimpa mereka,” katanya.
Beliau juga berharap kaum lelaki, suami dan bapa menjadi ‘The Champion Of Change’ dalam menangani sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger