Label 10

Home » » FOTO !! MESYUARAT SULIT NAK PECAT DATUK BANDAR MBPJ ?!!

FOTO !! MESYUARAT SULIT NAK PECAT DATUK BANDAR MBPJ ?!!

Written By AAKJ on Saturday, December 8, 2012 | 4:00 PM




SHAH ALAM- Kerajaan Selangor hari ini menafikan laporan The Star pada 4 Disember lalu bahawa terdapat satu mesyuarat tertutup bagi mencari pengganti Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dalam satu kenyataan ringkas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipetik sebagai berkata, kerajaan Selangor tidak pernah membincangkan secara tertutup bersama-sama pegawai tertinggi bagi mencari pengganti bekas Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman

."Kerajaan negeri masih lagi belum melantik pengganti Y.Bhg Dato' Roslan Sakiman sebagai Datuk Bandar Petaling Jaya," kata Khalid.

The Star sebelum ini memberitahu bahawa seorang pegawai kanan kerajaan negeri menyampaikan maklumat bahawa Selangor sedang menyenaraikan calon-calon pengganti Roslan.

"Kerajaan mahukan JPA untuk menyemak calon-calon yang dicadangkan dan kemudian memilih dari senarai tersebut.

"Semua ahli exco dan pejabat menteri besar mahu JPA menghormati cadangan negeri bagi pemilihan jawatan Datuk Bandar."


SUMBER
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger