Label 10

Home » » FOTO !! CELAKANYA PEMIMPIN PAS TOLAK MAULUD NABI !!

FOTO !! CELAKANYA PEMIMPIN PAS TOLAK MAULUD NABI !!

Written By AAKJ on Friday, December 14, 2012 | 11:30 PM







Perarakan Maulidur Rasul ikut budaya kristian kata Nik Ajesss......??

Mamat sorang sertai perarakan Maulidur Rasul ke....??? Boleh pulak dia menyertai perarakan Thaipusam ....... ada patwa baru ke?

Kenal ke orang dalam gambar tu ...... salah soarang ialah mantan Menteri Besar Perak 11 bulan 


Apakata Ulama Pondok Kelantan ?

Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).

"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.

Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.

Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.

Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda.

"Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi.

"Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 15, 2012 at 1:14 AM

Fatwa pimpinan pas pok nik dan mat sabu dah mengharu birukan perjuagan pas. Perjuangan pas zulkulim, nasha dan hassan ali jauh lebih bagus. Marilah kita tinggal pas pok nik dan mat sabu ni bawa pas ori bersama umno berjuangan untuk Islam dimalaysia.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger