Label 10

Home » » FOTO !! ABBY ABADI TURUT BERKHEMAH D LUAR PENJARA KAJANG !!? BERSELUAR JEANS KETAT ?!!

FOTO !! ABBY ABADI TURUT BERKHEMAH D LUAR PENJARA KAJANG !!? BERSELUAR JEANS KETAT ?!!

Written By AAKJ on Saturday, December 22, 2012 | 1:10 AM




Sekumpulan mahasiswa dan aktivis berkhemah di luar kompleks Penjara Kajang, Kajang malam ini bagi menuntut keadilan ekoran keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang aktivis Occupy Dataran, Umar Muhammad Azmi hari ini.


Kumpulan itu memasang lima khemah di kawasan pintu masuk ke penjara sekitar jam 10.30 malam tadi.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang mendakwa matlamat mereka berkhemah bukan bermaksud untuk memprotes, tetapi bagi memaklumkan kepada umum bahawa hukuman yang dikenakan ke atas sahabat mereka adalah tidak munasabah.

"Saya dan rakan-rakan akan berkhemah malam ini sehingga hari Isnin iaitu hari sama Umar akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan.

"Kami sebagai sahabat Umar turut bersolidariti bersamanya walaupun berada di luar penjara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Umar, 23, dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur berhubung kesalahan menghalang tugas penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lapan bulan lalu.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu ke atas Umar yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dan hukuman penjara selama sebulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dalam penghakimannya, Zaki Asyraf berkata, tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Mohd Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas.

Umar Muhammad didakwa dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu pegawai penguat kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 35, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Safwan menambah, Adam Adli dan Abby Abadi merupakan antara beberapa individu yang hadir memberikan sokongan.

"Sokongan Abby yang susah payah datang benar-benar buat kami terharu.

"Kami benar-benar tidak menyangka terharu orang ramai termasuk beberapa ahli PSM yang prihatin sudi bersama kami dalam perjuangan ini," katanya lagi.

Sehingga jam 10.45 malam tadi, jumlah orang yang hadir beri sokongan telah meningkat 100 orang, ujar Safwan.

Kisah kesalahan puok taik ni aakj ada tulis d SINI

Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
December 22, 2012 at 1:57 AM

Amekawwww....amacam bro?manyak syokkk ma....janda gersang memey suka aktiviti BODOH ni...lalala

Anonymous
December 22, 2012 at 6:53 AM

Sape suruh buat keje bodoh????

December 22, 2012 at 9:31 AM

budak2 tak cukup akal. bangga pulak tu dgn akal senteng dia.

December 22, 2012 at 9:35 AM

Tu la....denda hang sapa pun boleh tolong bayar,,,,tapi penjara hang ada member hang nak tolong ganti...no brain.(tanggung sendiri la)...

Anonymous
December 22, 2012 at 9:44 AM

Fuuhhhyooooo... terharunya dia Abby Ababi datang... kenapalah mahasiswa satu ni bebal sangat... ingatkan bila dah jadi mahasiswa bijak belaka... rupanya hampehhhh... bodoh belaka... masih tak paham-pahamkah apa tujuan si Abby Ababi tu datang join you all... Tak lain tak bukan nakkan publisity murahan @ low class... Korang mahasiswa yang bijak pandai (kononnyalah)mentah-mentah kena perdaya sama dia khadam berbayar Pakatan Haram... Perjuangan konon... siapa pun boleh berjuang kalau kena bayarlah mangkuk... Biol...Samdol macam cinadoll yang kena sondollll....

Anonymous
December 22, 2012 at 6:06 PM

apelah korang semua punye komen mengondem & mengutuk nih..takde langsung sifat belas simpati sesame sedara..AKU SETUJU..!!!..haha..depa buat lawok murahan depan penjara..haha..!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger