Label 10

Home » » DATO HUSNI HANADZLAH WAJAR UNDUR DIRI !! PENGGULUNG PALING SUCKS !!

DATO HUSNI HANADZLAH WAJAR UNDUR DIRI !! PENGGULUNG PALING SUCKS !!

Written By AAKJ on Saturday, December 1, 2012 | 11:30 PM

husni


Sepanjang hampir 20 tahun mengikuti sesi Perhimpunan Agung UMNO sama ada secara langsung di kaca televisyen atau di Pusat Dagangan Dunia Putra, inilah saya anggap penggulungan usul ekonomi terburuk pernah di buat oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Selalunya, penggulung usul ekonomi Ahli Majlis Kerja Tertinggi selaku Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang tampil untuk menggulung usul ekonomi langsung tidak menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam perbahasan ekonomi Perhimpunan Agung UMNO.

Banyak isu ekonomi dibangkitkan oleh perwakilan UMNO yang sangat menarik untuk diulas. Misalnya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh  dalam mengemukakan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 antara lain menetapkan sokongan para perwakilan terhadap program transformasi inklusif yang dilaksanakan secara saksama untuk semua kaum.

Beliau turut membahaskan falsafah pembangunan negara dan Model Baharu Ekonomi (MBE); Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang memberi kesan positif kepada ekonomi bumiputera; serta sokongan padu untuk pelbagai program rakyat di bawah jenama 1Malaysia.

Usul itu turut menyeru pengukuhan agenda bumiputera melalui pusat sehenti di peringkat nasional dan wilayah untuk syarikat bumiputera serta menggesa syarikat milik kerajaan (GLC) melaksanakan agenda pembangunan ekonomi bumiputera dengan bersungguh-sungguh, bukan sekadar program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sahaja.

Malangnya, Husni langsung tidak memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan.

Husni juga tidak mengulas perbahasan ekonomi oleh Datuk Ramli Doraini yang meminta agar jumlah maksimum pinjaman makro kepada peniaga kecil dan peniaga dinaikkan dari RM50,000 kepada RM100,000.

Dalam perbahasan usul ekonomi sebelum itu juga,  wakil Pergerakan Wanita UMNO, Senator Norliza Abdul Rahim menyarankan agar kerajaan mengkaji mengadakan Pelan Transformasi Ekonomi Wanita (WETP) bagi membantu meningkatkan tahap ekonomi dan fungsi golongan itu yang mewakili 47 peratus daripada keseluruhan 29 juta rakyat negara ini juga tidak diulas oleh Husni.

Perbahasan ekonomi oleh wakil UMNO Wilayah Persekutuan telah mencadangkan satu langkah afirmatif diperkenalkan bagi menggandingkan kerjasama antara usahawan bumiputera dengan usahawan bukan bumiputera bagi menggalakkan lagi integrasi nasional.

Wakilnya, Rozman Isli berkata, langkah tersebut akan memberi kesan positif kepada semua kaum dan pada masa yang sama, memberi lonjakan berganda kepada saiz dan kekukuhan komuniti usahawan bumiputera.

Jarang sekali usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO mencadangkan pelan kerjasama  antara bumiputera dan bukan bumiputera. Sepatutnya, Husni mengambil kesempatan ini menonjolkan dasar, polisi dan perancangan ekonomi  Barisan Nasional selari dengan falsafah 1 Malaysia.

Sebaliknya, Husni menggunakan masa yang diperuntukkan kepadanya untuk membuat persembahan video lagu motivasi untuk memuji Perdana Menteri. Kemudiannya beberapa video klip yang menunjukkan  kebolehan luar biasa orang kurang upaya dalam pertandingan sukan dan pertunjukkan kemahiran hidup.
Apakah Husni ingin menyatakan bahawa UMNO kini sudah termasuk dalam golongan kurang upaya dalam berhadapan pilihan raya akan datang.

Husni sepatutnya mencontohi penggulungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh para pembahas dan juga menerangkan kejayaan-kejayaan kerajaan Barisan Nasional menjaga kepentingan Islam.

Malahan penggulungan Saudara Khairy Jamaluddin juga boleh dipuji kerana berjaya mengungkap dan merungkaikan perjuangan UMNO untuk orang muda dan sumbangan kerajaan kepada golongan muda.

Kita telah berhadapan dengan satu perbahasan yang agak hambar dalam perhimpunan kali ini, bertambah malang apabila sesi penggulungan yang terpenting seperti sesi ekonomi langsung tidak menyumbang apa-apa dan membuang masa sahaja.

Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
December 2, 2012 at 12:40 AM

Apa bagus Husni ni sampai blh jd MK2?

Dah la Husni ni dulu dan mungkin sampai sekarang orang rapat Anwar Ibrahim...

Anonymous
December 2, 2012 at 1:16 AM

ayat yang selalu teman dengar dari MK2 ini bila balik ke tambun ialah 'teman tahu apa yang buat,temankan MK2.

Anonymous
December 2, 2012 at 1:29 PM

Yang buat posting ni pun bagus sangat ke...?
Beliau hanyalah MKII, MKI siapa...?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger