Label 10

Home » » BEKAS PEMIMPIN KOMUNIS TUNAIKAN HAJI D SALAH TAFSIR !!

BEKAS PEMIMPIN KOMUNIS TUNAIKAN HAJI D SALAH TAFSIR !!

Written By AAKJ on Sunday, December 2, 2012 | 7:30 PM


Berikut adalah catatan pengalaman Bekas Pimpinan Parti Komunis Malaya Suriani Abdullah @ Eng Ming Ching ketika beliau mengerjakan haji bersama Abdullah C.D., Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham) dan Siti Norkiah Mahmood Baginda.

Nota : Ibu Suriani kini telah terlantar sakit di rumahnya bersama suaminya abdullah CD di Kampung Perdamaian Chulaborn Sukhirin Thailand dalam usiannya 88 tahun.

Pada bu
lan Mac 1999, kami berpeluang menunaikan ibadat haji ke tanah suci Mekah. Teristimewa ingin saya sebutkan di sini ialah bantuan besar yang diberikan sanak saudara dan kawan-kawan di sini kepada saya khasnya dalam persiapan mengerjakan haji. 

Beberapa orang waris yang budiman seperti Datok Mohamed bin Yeop Abdul Raof dan lain-lain telah menghulurkan derma dalam jumlah yang besar untuk membantu perbelanjaan perjalanan kami. Kawan-kawan di sini pula khasnya imam dan lain-lain memberikan bimbingan-bimbingan yang penting tentang syarat-syarat mengerjakan haji.

Kami bertolak dari rumah dengan iringan doa dari kawan-kawan pada pukul 10 malam. Beberapa orang waris Abdullah C.D. dari Malaysia dan waris Abu Samah di Thailand dan Malaysia datang untuk menghantar kami. 60 orang kawan dari kampung kami dengan 6 buah kereta mengiringi perjalanan kami hingga ke lapangan terbang Haadyai. Itulah harapan kawan-kawan semoga kami dapat mengerjakan haji dengan selamat dan jaya.

Kami tiba di Mekah pada 17 Mac. Setiap masa kami menunaikan sembahyang di Masjid. Kami telah mengelilingi Baitullah. Berkat restu Allah, kami dapat mengerjakannya dengan aman dan selamat. Kemudian melontar batu dan tugas menjalankan kerja syair juga selesai.

Selesai mengerjakan haji kami bertolak ke Madinah, melawat makam Nabi Muhammad (S.A.W.) dan tempat-tempat bersejarah serta tempat suci agama Islam. Masjid Madinah sangat indah dan bersih. Udaranya nyaman dan menyenangkan. Di tiap-tiap batang tiang dipasang alat penyaman udara. 


Kami meninggalkan Madinah dengan kenangan keagungan Islam menuju lapangan terbang Jeddah kemudian Dubai. Kami tiba di Haadyai dari Dubai pada 21 April, pukul 4 petang. Sejumlah kawan termasuk waris Abdullah C.D. dan Abu Samah telah menunggu kepulangan kami. 

Pada malam itu juga kami tiba di kampung. Sebelum masuk rumah, kami bersembahyang beramai-ramai di masjid. Imam membacakan doa selamat dan kesyukuran atas kejayaan kami. Waris-waris Abdullah C.D. merasa gembira atas kejayaan kami. Itulah hajat terbesar kami menunaikan Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan fardu Haji telah selesai.

aakj ; ini adalah catatan ikhlas perjalan mereka tunaikan rukun Islam..tapi puok kera guna ayat kononnya komunis pun Islam..anjing dap tak nak telan perkara sebenar..mereka semua ni semuanya telah bertaubat dan kembali kepada Islam..bukan kepada pas celak !! tuuiHHH !! 

1 Malaysia..TOLAK FITNAH !!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger