Didikan serta asuhan agama seharusnya diberikan dengan betul bagi mengelak umat Islam lari dari landasan Islam.
Atas sebab itu, anak-anak sejak mereka kecil lagi perlu dididik tentang segala jenis aspek keagamaan termasuk berkaitan adab dan akidah.
Kesan daripada didikan ini, nescaya boleh dijadikan bekalan oleh anak-anak ini di hari-hari yang mendatang.
Justeru, bagi mengelak lebih ramai anak-anak di kalangan umat Islam lari dari adab serta akidah mengikut ajaran agama maka PERMATA INSAN mengambil initiatif untuk memberi didikan kepada mereka.
Menerusi KEM PERMATA INSAN yang dilaksanakan hasil usaha Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor anak-anak diberi ilmu berbentuk keagamaan.
Rosmah dalam lawatan kerjanya ke kem berkenaan memberitahu, program Permata Insan adalah khusus untuk pelajar-pelajar pintar bagi memberi ruang dan peluang kepada anak-anak berkenaan berjaya dengan keseimbangan Al-Quran dan As Sunnah.
“Kita mahu golongan pelajar pintar ini menguasai ilmu aqli dan naqli sejak berumur 8 tahun lagi agar satu hari nanti kita dapat menghasilkan bakal cendiakawan dan ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan Al Quran dan As Sunnah.
“Kepentingan menuntut ilmu sangat di tekankan dalam Islam kerana ilmu merupakan nadi dalam kehidupan manusia.
“Islam menekankan tentang kepentingan dan keperluan menunut ilmu di samping memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang berilmu,” katanya.
Rosmah menambah, keperibadian seseorang akan terbentuk dengan adanya ilmu di samping menambah ketaqwaan dan kecintaan kepada tuhan.
Di samping itu, beliau turut menekankan keperluan pembangunan akhlak dan sahsiah serta kemantapan akidah yang dijadikan pegangan serta panduan hidup.
“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memastikan pendidikan yang berbentuk pemantapan akidah, akhlak dan sahsiah ini diberikan secara bersungguh-sungguh kepada anak-anak sejak dari kecil lagi.
“Ini kerana anak-anak ini bakal mencorakkan kepimpinan negara di masa akan datang,” katanya ketika berucap di Program Kem Permata Insan 2/2012 hari ini.
Menerusi program ini, kira-kira 150 anak-anak permata terlibat dimana kesemua mereka diberi pendedahan mengenai ilmu-ilmu keagamaan.
Apa yang diharapkan dengan ilmu yang diperolehi, anak-anak ini dapat mengaplikasikan apa yang ditimba dalam kehidupan seharian.
Janganlah pula apabila menjelang nanti mereka kehilangan nilai-nilai adab serta akidah sehinggakan untuk memohon bantuan dengan Tuhan pun tidak dilakukan dengan rasa tawaduk.
Baca seterusnya d SINI
+ comments + 2 comments
ternyata PERMATA sekali lg bjaya membuktikan yg ianyer d tubuhkan bukan saja untuk mengcukil bakat tetapi utk memantapkan diri dan sahsiah kanak-kanak ini sejak dari kecil lagi...nampaknyer ROSMAH tidak pernah berhenti berusaha untuk anak-anak PERMATA malaysia bagi mendapat pendidikan yang terbaik dan seimbang d antara dunia dan akhirat...semonga permata akan terus berjaya memantapkan lagi pendidikan bagi anak-anak malaysia...
didikan agma hrus lah dbri sjak kcil lgi bak kata pepatah klau nk mlntr bluh biar lah dri rbungnya..kta xnk ank2 ini hnya thu brtdung ataupn brlagak alim tp mykg murtad mcm nrul izzah..nmpknya jijah akn mroyan bla mlhat rosma brtrsan mmntpkn pndidikan ank2 malaysia spya seimbg dunia dan akhrat..thniah kpd rosmah krn brjya mnctskn idea inh,.nmpknya lpas ni makin meroyn la anjing2 pkatan..
Post a Comment