Label 10

Home » » TADIKA MILIK PAS HANYA SEKADAR TADIKA CARI MAKAN !! MAAF..TELAN WALAU PAHIT !!

TADIKA MILIK PAS HANYA SEKADAR TADIKA CARI MAKAN !! MAAF..TELAN WALAU PAHIT !!

Written By AAKJ on Wednesday, November 14, 2012 | 10:00 AM


Usaha Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam memartabatkan pendidikan awal kanak-kanak menerusi program PERMATA sekali lagi mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila dijemput menyampaikan ucaptama sempena World Innovation Summite for Education- WISE yang berlangsung di Qatar dari 12 hingga 14 November ini.
Selain itu, pengiktirafan yang diberi kepada DS Rosmah untuk melancarkan inisiatif pendidikan baru yang diperkenalkan Sheikh  Moza di Qatar National Convention Centre pada hari ketiga penganjuran WISE pastinya suatu yang amat membanggakan bagi negara Malaysia.
Selepas pelancaran, pada jam 12 tengah hari waktu tempatan atau 5 petang waktu Malaysia, DS Rosmah akan menyampaikan ucaptama yang bertajuk Sustainable & Quality Education for The Future, Malaysia Experience Through PERMATA.
Ucaptama DS Rosmah boleh diikuti melalui live streaming http://www.wise-qatar-org.
Terdahulu, DS Rosmah yang dijangka tiba di Doha, Qatar hari ini akan membuat kunjungan hormat kepada isteri Emir Of Qatar, Sheikh Moza Nasser.
Pada hari kedua, beliau yang menjadi tetamu kehormat akan menghadiri majlis pelancaran WISE yang disempurnakan oleh Sheikh Moza dan dijangka isteri Perdana Menteri Turki, Emime Erdogan hadir sama di majlis tersebut.
Sebelum berangkat pulang ke tanahair, beliau dan rombongan dari Malaysia akan diraikan dalam satu majlis makan malam yang disediakan pihak penganjur.
Pada Julai lalu, DS Rosmah turut dijemput menyampaikan ucaptama Persidangan Asia Pasifik Mengenai Bakat Semulajadi Ke-12 yang bertemakan Mengoptimumkan Potensi Anugerah dan Bakat Semulajadi Ke-12 di Dubai.
Pengiktirafan demi pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang diterima oleh Isteri Perdana Menteri ini sekaligus membuktikan keberkesanan program PERMATA yang diilhamkan oleh DS Rosmah.
Rakyat Malaysia seharusnya turut berbangga dengan pencapaian dan kejayaan program PERMATA yang kini menjadi panduan dan ikutan kepada negara lain dalam usaha membangunkan sektor pendidikan awal kanak-kanak, sekaligus berjaya memartabatkan program itu di peringkat antarabangsa.

Share this article :

+ comments + 6 comments

November 14, 2012 at 10:44 AM

PERMATA menaikkan nama malaysia dan membuka mata dari negara luar dan diberi pengiktirafan dunia..rosmah sekali lagi dijemput oleh negara luar..pembangkang ada???

November 14, 2012 at 7:19 PM

Pengiktirafan demi pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang diterima oleh Isteri Perdana Menteri ini sekaligus membuktikan keberkesanan program PERMATA yang diilhamkan oleh Rosmah.
aku sebagai rakyat malaysia turut berbangga dengan pencapaian dan kejayaan program PERMATA yang kini menjadi panduan dan ikutan kepada negara lain dalam usaha membangunkan sektor pendidikan awal kanak-kanak, sekaligus berjaya memartabatkan program itu di peringkat antarabangsa..jika nk d badingkan PERMATA dngn PASTI jauh perbezaan nyer... PERMATA memberikan perkembangan emosi,sahsiah dan sosial kepada kanak-kanak yg seawal 4 tahun, bg aku PERMATA amat menyerlah dan lebih baik jika nk d badigkan dngn PASTI d mana kanak-kanak seawal 4 tahun sudah d ajar memijak gambar pemimpin negara....

November 14, 2012 at 8:06 PM

biar la orang dok fitnah ds rosmah,apa yang aku nampak dia tetap cool je,xde nak melenting2 bagai !

November 14, 2012 at 8:22 PM

apa pon xbole laaa,
dasar pembangkang !
great job ds rosmah

yew abdullah
November 14, 2012 at 9:47 PM

Meme la..setuju mmg taadika PASti tempat lebai2 cari makan, sambil racun pemikiran budak2 benci kerajaan, demand PASti dan PERMATA mcm langit Dan bumi

November 15, 2012 at 3:15 AM

negara luar pon hargai DS Rosmah...patut rakyat negara ni lebih mneghargai beliau...bukan jatuhkan beliau...byk dah kebaikan yg die buat utk negara ini...sama seperti suaminya...:))

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger