Kesedihan dan kesayuan menyelubungi Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir di Dengkil apabila salah seorang daripada mangsa menangisi nasib yang menimpa dirinya di sisi isteri pemimpin nombor satu negara, Datin Seri Rosmah Mansor.
N.Vimala, 45, tidak dapat menanggung kesedihannya berikutan kejadian banjir yang berlaku menyebabkan dia sekeluarga tidak dapat meraikan perayaan Deepavali seperti tahun-tahun sebelumnya.
Ternyata, kedatangan Rosmah seolah-olah memberi sinar kegembiraan kepadanya untuk meluahkan sedikit kepayahan yang dialami Vimala sekeluarga akibat musibah yang berlaku itu.
“Deepavali semakin hampir tetapi disebabkan banjir semua persediaan serta kelengkapan untuk sambutan Deepavali telah hanyut dibawa air… baju-baju baru yang dibeli semuanya rosak.
“Saya cakap dengan Datin Seri supaya tolong saya kerana saya kasihankan anak-anak kerana mereka sepatutnya bergembira tetapi semuanya telah musnah,” katanya.
Tidak tahan dengan kesedihan itu, lantas Vimala bertindak memeluk erat Rosmah dan menangis di bahu Yang Di Pertua BAKTI itu.
“Datin Seri cakap dia akan cuba cari jalan bantu dan saya rasa amat terharu dan sedih kerana dia sudi mendengar masalah saya… memang Datin Seri berjiwa rakyat,” katanya dengan nada sebak.
Kehadiran Rosmah bersama-sama anggota BAKTI yang lain bagi melihat sendiri keadaan mangsa banjir di pusat penempatan itu ternyata memberi seribu erti kepada mereka.
Ada yang tidak menyangka, Rosmah yang sebelum ini sering dicemuh dalam pelbagai fitnah oleh golongan-golongan tertentu sanggup bersarapan bersama mereka walaupun keadaan di dewan itu serba kekurangan.
Salah seorang mangsa banjir yang ditemui berkata, isteri pemimpin nombor satu negara itu bukanlah seperti yang digambarkan sesetengah pihak.
“Sebelum ini saya ada mendengar orang cakap yang Datin Seri ni hanya suka pergi tempat mewah… kalau macam tempat kotor di sini memanglah dia tak akan pergi.
“Tetapi hari ini saya tengok, Datin Seri langsung tidak kekok atau menunjukkan reaksi tidak selesa apabila memasuki dewan ini. Malah dia boleh lagi duduk dan bersarapan dengan kami.
“Saya hairan juga, kenapa pemimpin negeri Selangor tak turun.
“Sebelum ini, ada Kelab Putera datang bagi bantuan dan pada hari yang sama juga Wanita Umno pun turun padang. Hari ini Datin Seri Rosmah pula jenguk kami di sini,” tegasnya.
Apa yang lebih menghairankan adalah di mana isteri ataupun pemimpin wanita yang mentadbir kerajaan Selangor, katanya.
Di kala rakyat mengalami kesusahan dan dalam masa yang pemimpin pembangkang asyik mencemuh Rosmah, mereka langsung tidak berbuat apa-apa bagi membantu mangsa banjir di negeri Selangor.
+ comments + 2 comments
bg aku rosmah adalah seorang manusia yg berhati mulia dan mempunyai sifat yg berjiwa rakyat..rosmah dan ahli2 bakti sering ke hadapan d kala rakyat memerlukan pertolongan...dan bg aku pakatan harami hanyalah sebuah parti yg ber omong kosong d manakah wakil-wakil rakyat pkr d masa rakyat memerlukan pertolongan????syabas aku ucapkan kpd rosmah dan ahli2 BAKTI kerana anda smua mempunyai sifat yg murni dan mulia....
kedatangan Rosmah seolah-olah memberi sinar kegembiraan kepadanya untuk meluahkan sedikit kepayahan yang dialami Vimala sekeluarga akibat musibah yang berlaku itu tapi yang yang pembangkang buat..hanya berdiam diri lebih mementingkan politik peribadi berbanding rakyat..slogan pemabnkang bukan mai hebat tapi satu pun tidak tertunai..mereka hanya pandai berjanji dan tiada pelaksanaan
Post a Comment