Pas mahu menubuhkan sebuah badan bertindak, dikenali sebagai Penyelamat Tabung Haji (Peta), bagi menyelamatkan institusi tersebut, yang didakwa pengurusan kewangannya tidak mempunyai mekanisme yang jelas.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kerajaan tidak menggunakan mekanisme yang betul dalam pemberian kenaikan gaji kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang didakwa mencecah RM85,000 sebulan.
Menurutnya, jika pengurusan pentadbiran kewangan yang tidak betul ini diteruskan akan meruntuhkan institusi kewangan perbankan Islam.
"Saya rasa pemberian gaji yang berlebihan dan bonus yang banyak ini disebabkan pengurusan kewangan yang dilakukan oleh kerajaan tidak baik.
"Saya tak nak persoalkan tentang Ismee, dia tak terlibat... tapi mekanisme yang digunakan kerajaan yang tidak mengikut peraturan," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen hari ini, di sini.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata gaji Ismee, yang didakwa berjumlah RM85,000 tidak ditentukan secara sembarangan dan bukan sesuatu yang "tersembunyi".
Tambahnya, “lembaga kenaikan gaji dan lembaga pemutusan yang menetapkan gajinya."
"Jadi, ia bukan dibuat secara sembaragan, tersembunyi dan sebagainya, ia berdasarkan kepada jadual dan peraturan yang termaktub dalam Tabung Haji,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, maksudnya Tabung Haji mempunyai masalah pengurusan kewangan dan ia perlu dipandang serius.
Tambah Mahfuz, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan yang gagal laksanakan tugas dengan baik untuk menjaga kepentingan isntitusi kewangan Islam itu.
-Sinarharian
Home »
» MAHFUZ OMAR NAK SELAMATKAN TABUNG HAJI ?! DIA BAKAL CEO YANG BARU ? KAH KAH KIOOOK !!
+ comments + 1 comments
Mahpus ni asal cakap je nampak sangat kebodohannya. Inilah hasil banyak makan duit DAP, duit Yahudi dan duit derma karung. Hati jadi kelam, fikirannya serabut asyik dengki pada orang lain...standart orang lulus SRP cukup makan.
Post a Comment