Label 10

Home » » KELAB MURTAD FACEBOOK !! KETUA CABANG TERLIBAT ?

KELAB MURTAD FACEBOOK !! KETUA CABANG TERLIBAT ?

Written By AAKJ on Saturday, November 3, 2012 | 4:00 PM




Sebuah akaun Facebook gerakan murtad yang mendakwa sebagai komuniti Islam murtad di Malaysia dan Singapura dikesan dibuka pada 28 Oktober lalu.


Akaun berkenaan yang menggunakan nama ‘Murtads in Malaysia and Singapore’ memuat naik pelbagai kenyataan yang menghina umat Islam dan Rasulullah SAW, selain beberapa gambar menyokong budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Akaun berkenaan yang menerima 125 likes turut menjadi medan penyokong melemparkan kata kesat yang menghina serta memperkecilkan agama Islam.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, penyokong kumpulan itu mempersoalkan kewujudan alam semesta ciptaan Allah SWT dan ajaran al-Quran yang mendahului sains, selain menyifatkan Islam sebagai satu ideologi.
Bagaimanapun, ada beberapa pemegang akaun Facebook membantah keras kenyataan mereka disifatkan berbaur kesesatan dan mengajak mereka kembali kepada ajaran Islam.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan, akaun Facebook dengan nama yang sama pernah dibuka namun, ditutup selepas dipercayai digodam sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Dragon Force.

Facebook berkenaan dibuka awal tahun ini bertujuan meraih sokongan masyarakat dengan penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini.

tq beritaceritadunia
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger