Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat telah berjaya membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menarik sokongan masyarakat Cina terhadap kepimpinan negara.
Mungkin ramai dikalangan masyarakat terutama dikalangan penyokong Pakatan Rakyat tidak mempercayai perkara ini namun ia ternyata benar dimana isteri pemimpin nombor satu itu dianggap sebagai ikon kepada golongan wanita.
Menerusi Majlis Anugerah Kepimpinan Ikon Emas yang majoritinya dihadiri oleh golongan wanita kaum Cina dapat dilihat betapa kagumnya kelompok terhadap Rosmah yang mampu membawa nama baik negara di peringkat antarabangsa.
Ternyata kewibawaan serta sikap kepimpinan yang ada pada Rosmah secara tidak langsung telah membantu BN dalam meraih sokongan kelompok tersebut terhadap parti itu.
Tidak dapat dinafikan, walaupun Rosmah bukanlah seorang ikon politik namun disebabkan sikap beliau yang sentiasa memberi sokongan terhadap suaminya selaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ternyata telah memberi impak positif kepada kaum wanita berbangsa Cina.
Ada diantara mereka begitu teruja melihat kedatangan Rosmah ke majlis itu sehinggakan sanggup untuk tidak menjamah makanan semata-mata untuk berbual serta mengambil gambar bersama wanita serba boleh itu.
Perjuangan Rosmah dalam membantu wanita serta anak-anak telah membuah hasil dimana BN turut menerima tempias daripada impak usaha baik itu.
Inilah sikap yang patut ada pada seorang isteri pemimpin dimana Rosmah tidak sibuk berkempen untuk suaminya sebaliknya beliau hanya melaksanakan tugas-tugas biasa dalam memperjuangkan kebajikan wanita dan kanak-kanak.
Sebaliknya jika dilihat isteri kepada sesetengah pemimpin yang asyik berkempen serta berpolitik untuk kepentingan suaminya dan dalam masa yang sama menjatuhkan martabat wanita di mata masyarakat lain.
Apa yang lebih teruk adalah, golongan isteri yang bersekongkol dengan suaminya dalam melakukan keburukan demi kepentingan peribadi dan atas sebab itu ada diantara kaum wanita menolak individu seperti itu.
Sikap seperti itu sebenarnya dibenci oleh golongan wanita elit tanpa mengira kaum yang tahu menilai apa yang baik dan buruk.
Dalam pada itu, Rosmah ketika berucap di majlis itu berharap agar lebih ramai pemimpin di kalangan wanita dapat melaksanakan kerja amal dengan menyertai badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata dalam era moden ini, NGO wanita hanya terlibat dalam kerja amal namun telah memperluas skop mereka untuk melibatkan isu seperti populasi, alam sekitar, teknologi, tenaga dan hak asasi manusia.
Rosmah juga berkata, kerajaan juga turut memainkan peranannya dengan membantu NGO memperjuangkan isu dan kepentingan wanita.
Untuk galeri foto – KLIK SINI
+ comments + 3 comments
lepas ni lbih pnas la jijah kat rosmah ni,yelah rosmah makin hari mkin dtrma rkyat di atas jasa beliau dlm krja2 kbajikan dan mmbela wanita,dia xprlukan pentas politik untk smua tu,ckp hnya suami dia yg brpolitik dan dia jlankan tgas dia sbgai istri pmimpin no1 malaysia..pernah korang dgr rosmah bagi ceramah serang jijah?serang anwar?or serang mna2 pmimpin PR,xde kan...tp knp diorng tkut sgt ngan rosmah hnggakan mcm2 tohmahan dibuat,sebab ni lah...sebab mreka tkut rosmah dan BN akn trus mndapat skongan rakyat....tp kak jijah pun ad gak tlong laki dia,tlong simpan jam OMEGA..xgtu kak jijah??
Saya juga betsuami tp tak sanggup berkongsi perkara mungkar ...
sebab tu lah pembgkang sedaya upya mnybrkan fitnah dan mmbuat cerita tntg rosmah, sebab mreka tkut jadi mcm ni lah..rkyat akn trtwan dgn rosmah dan skligus mnykong BN sbab krja2 kbajikan rosmah dan smbngan dia kpd wanita, aku xkta 100% rosmah yg brjya mnarik org utk mnyokong BN tp dek krn krja2 kbajikan dia BN mnrima tempias yg amat baik..klau kita lihat rosmah xprnh brkempen utk BN, xprnh dia brcramah di pentas BN, dia hnya jlankan tugas dia sbgai FLOM, itu jer, tp dia brjya lksanakan tgas dia dgn baik shngga dpat mnawan hati rkyat..aku yakin lepas ni msti pmbgkang panas pnye beb, xprcya korang tgk lah, shri dua lagi ad lah blogger hngusan pmbgkang mula menulis tntg kbrukan rosmah..diorng mna blh dgr bnda2 mcm ni, menanah tlinga diorng beb,,
Post a Comment