Label 10

Home » » FOTO !! JENTERA WANITA UMNO YANG TAK MAMPU D TIRU WANITA PAS !!

FOTO !! JENTERA WANITA UMNO YANG TAK MAMPU D TIRU WANITA PAS !!

Written By AAKJ on Tuesday, November 27, 2012 | 1:19 AM


Skuad Sayang Plus 1Malaysia, fasa kedua Skuad Sayang di bawah naungan gerakan Wanita UMNO serta Wanita Barisan Nasional (BN) dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi.
Melihatkan kejayaan Skuad Sayang dalam usaha gerak kerja anggotanya mendampingi masyarakat, pelancaran Skuad Sayang Plus 1Malaysia melihatkan penyertaan daripada pelajar universiti sebagai sukarelawan.
Rosmah dalam ucapannya berkata, penglibatan pelajar universiti dalam program kebajikan sebegini menunjukkan kerelaan pesertanya dalam bersama berganding bahu dan bersatu padu untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
“Semangat sebegini sebenarnya menggambarkan wajah masyarakat kita yang hidup bersatu dalam menyokong dan mendokong usaha-usaha perpaduan yang murni demi merealisasikan konsep 1Malaysia,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Skuad Sayang Plus 1Malaysia di Dewan Tun Razak 1, PWTC.
Hadir sama, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang juga Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, dorongan serta sokongan daripada pelbagai pihak seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan bukan kerajaan (NGO) serta sektor korporat amat digalakkan untuk turut sama-sama Skuad Sayang Plus 1Malaysia menghulurkan bantuan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan.
Jelasnya, kolaborasi strategik skuad tersebut dengan badan korporat dipercayai mampu mencapai sasaran di samping meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian bantuan tidak kira dalam bentuk wang tunai, keperluan asas mahupun khidmat nasihat dan sukarela.
Dalam perkembangan berkaitan, Rosmah turut berpesan kepada Wanita UMNO dan BN untuk maju ke hadapan sebagai sebuah pasukan dalam memacu perubahan dan memenangi semula hati dan jiwa masyarakat bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Pergerakan wanita mesti mara ke hadapan sebagai satu pasukan yang mantap dan padu untuk memikul amanah perjuangan. Setialah pada prinsip, satukanlah hati bulatkanlah tekad, bergerak dalam satu wadah menuju satu matlamat,” katanya lagi.
Katanya, semangat hala tuju harus segera digarap dan digembleng agar menjadi arus dan gelombang besar bagi melonjakkan perjuangan pergerakan Wanitan UMNO untuk terus memacu kejayaan.

Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 27, 2012 at 2:27 AM

Semua tu kan pakai duit rakyat jgak kan?? ke pelajar universiti kena paksa jadi sukarela walaupun x rela??

Anonymous
November 27, 2012 at 11:55 AM

Anon diatas. Nasihat aku kalau bodo jgn ditayang2.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger