Konsep memberi sama merasa dan keprihatinan yang tinggi di antara ahli komuniti di negara ini semakin merentasi sempada agama.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata perluasan konsep itu dibuktikan menerusi program ‘Malaysian Associated Indian Chembers of Commerce and Industry (MAICCI) celebrates Hearts2Hearts 2012′ yang diadakan khas bagi membantu masyarakat kaum India meraikan Deepavali.
Beliau menambah, amalan memberi-sama-merasa itu harus diterapkan kepada masyarakat semua kaum bagi memastikan perpaduan rakyat sentiasa terpelihara.
“Setiap agama mengharapkan agar penganutnya mengaalkan konsep menderma dan membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira batasan agama, bangsa dan budaya.
“Selain daripada membina masyarakat penyayang melalui sikap bantu-membantu, pemberian derma yang ikhlas secara tidak langsung akan turut melahirkan individu yang berperibadi unggul,” katanya ketika berucap di majlis itu hari ini.
Menurut Rosmah lagi, sikap masyarakat tanpa mengira kaum yang tidak lokek dalam menghulurkan derma atau bantuan akan dapat membina sebuah negara yang maju dimana hasil kemakmurannya dinikmati bersama-sama.
Justeru, beliau berharap dengan amalan konsep itu ia sedikit sebanyak akan dapat meringankan beban para penerima apatah lagi menjelang hari perayaan.
Menerusi majlis itu, kira-kira 250 buah keluarga selain 200 anak-anak yatim daripada pelbagai agama dan bangsa menerima sumbangan sempena meraikan perayaan Deepavali yang bakal menjelang.
“Semangat perpaduan ternyata telah diterapkan dalam aktiviti menderma, ini kerana saya lihat pada hari ini sumbangan bukan sahaja diberikan kepada keluarga miskin serta anak-anak yatim kaum India sempena Deepavali malahan ada juga masyarakat dari kaum Melayu dan Cina.
“Inilah yang wajar dipupuk dalam sesebuah masyarakat berbilang bangsa seperti mana yang diharakan Perdana Menteri melalui Gagasan 1Malaysia,” katanya
+ comments + 19 comments
ini lah contoh sebenar membantu semua agama tanpa mengambil a agama dan sokongan parti politik...jgn cakap je pandai tp cakap xde serupa bikin...kak jijah layak ke ko nak jd mcm rosmah nie...dalam mimpi pun ko x layak jijah oiii
TAK PATUT! TAK PATUT! DAHLAH NAJIB BAGI BANTUAN BRIM,NELAYAN,TAXI DAN LAIN LAIN TETIBA ROSMAH PULAK BERI BANTUAN PADA ANAK ANAK KECIL. MEMANG TAK PATUT. YANG PATUT???
YG PATUT BERI BANTUAN PADA PAS SUPAYA DAPAT BELI BAS MEWAH UNTUK CERAMAH PAGI PETANG SIANG MALAM. LAGI???
BELI KERUSI RODA BERMOTOR UNTUK MB KELANTAN DAN SEBUAH SURAU BERGERAK UNTUK DIA SOLAT.
saya sangat kesian kat rosmah, kenapa dia menjadi mangsa? adakah isteri pemimpin pembangkang semua baik sangat? kenapa orang tak nak fikir kenapa rosmah menjadi sasaran? dulu orang pas kutuk dr hasmah. bila dah berhenti tak kutuk lagi. dengar dengar puji pulak. tapi jika nik aziz jadi PM, tentu isteri dia dimuliakan seperti bidadari. dasar pas, hanya depa yang terbaik.
satu ringgit ajo???
sikap prihatin rosmah terhadapnya rakyat tidak dapat dipertikaikan lagi...segala kebajikan rakyat dan keperluan rakyat diutamakan tidak mengira kaya atau miskin..dan tidak mengira kaun..semuana adil dan saksama..amalan memberi-sama-merasa itu harus diterapkan kepada masyarakat semua kaum bagi memastikan perpaduan rakyat sentiasa terpelihara..tahniah rosmah beliau seorang pemimpin terbaik
aku sangat kagum dengan pencapaian yang diberikan oleh rosmah, demi kebaikkan masa depan anak anak.. bravo
amalan memberi-sama-merasa itu harus diterapkan kepada masyarakat semua kaum bagi memastikan perpaduan rakyat sentiasa terpelihara..
Setiap agama mengharapkan agar penganutnya mengamalkan konsep menderma dan membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira batasan agama, bangsa dan budaya…
betul apa yg rosmah ckp nie aku stuju kita mesti terapakan sikap bantu membantu sesama kita tidak kira apa agama yg d anuti oleh seseorang itu…..kita hidup d dalam 1 negara yg sama harus ada sikap bertimbang rasa sesama kita.....
"amalan memberi-sama-merasa itu harus diterapkan kepada masyarakat semua kaum bagi memastikan perpaduan rakyat sentiasa terpelihara"...
dgr tu...amalan memberi perlu diterapkan kepada semua kaum...bukan gebang kata berjuang atas nama Islam...tapi dlm masa yg sama nak 'bunuh' kaum seagama sendiri...
teruskan usaha anda wahai DS Rosmah...:))
rosmah bantu rakyat tanpa kita kaum..tahniah Datin Seri Rosmah.jasamu dikenang....
Konsep Gagasan 1 Malaysia yang dipraktikkan oleh Datin Sri Rosmah. Saya sokong dengan apa yang dilakukannya. Baik jika ia dapat diperluaskan keseluruh kawasan malaysia, ini akan lebih membantu lebih banyak kanak2.
Rosmah derma pun orang tak suka, betulkah pembangkang ini benar benar bersikap keadilan dan kebajikkan? Saya keliru, kerana ada sajja isu yang digemburkan oleh pembangkang semata - mata untuk menjatuhkan Barisan Nasional.
perbanyakkan lagi derma ini, ia mampu membantu anak2 yang tidak berkemampuan. jangan risau datin sri, kami rakyat akan sentiasa menyokong bantuan baik.
well, it's good that DS Rosmah initiative this idea on helping the needy. i welcome this idea and hope it can help all needy Malaysians. Well done
Wow deepavali is for indian, but ang pow and help given to all races. this is what i call as 1 Malaysia. This unity is what we need to build malaysia as a developed country by 2020. Good Job DS Rosmah
this shows the real spirit of 1 malaysia! go DS Rosmah !!
Hats off DS Rosmah !! you really worked hard for public!!
Good Job DS Rosmah! yess! we have to help those who in hard times. not just doing demi rakyat speech like an idiot !!
well this is example of our first lady who really care about the public! hats off!!
DS Rosmah,thanks a lot for helping indians on this month! im really touched with your kindness helping out indians .. continue it DS!
Post a Comment