Label 10

Home » » BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN SUDAH ADA ?!! TU PUN KALAU PRU13 PAS MENANG KAH KAH KAH !!

BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN SUDAH ADA ?!! TU PUN KALAU PRU13 PAS MENANG KAH KAH KAH !!

Written By AAKJ on Saturday, November 3, 2012 | 8:30 PM




Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dilihat calon paling layak menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekiranya Menteri Besar itu berundur.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah turut mengakui ketokohan Ahmad sebagai pengganti Nik Abdul Aziz kelak.

"Malah Ahmad ialah calon yang amat molek sekali kerana beliau seorang ulama dan merupakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Amar mengulas calon Pas yang sesuai menggantikan Menteri Besar sekarang setelah lebih 22 tahun jawatan tersebut disandang Nik Abdul Aziz.

Ura-ura dalam kalangan pemerhati politik menyatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah terakhir ditandingi Nik Abdul Aziz, namun sekiranya Pas kembali menguasai negeri, jawatan Menteri Besar akan beralih kepada Ahmad.

Baca d SINI


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger