Kalian masih ingat lagi tak? Saya pernah memblog bahawa hati merah adalah lambang ‘sacred heart’ Kristian?
Juga saya bertanya kenapa logo Hari Merdeka Pakatan ada mengandungi elemen-elemen Kristian burung merpati Roh Kudus, hati merah dan nyalaan api Holy Spirit.
Nah, cuba tengok gambar yang dipaparkan dalam video lagu Harapan Bangsayang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor.
Jakim telah digesa untuk menyiasat lagu ini yang mengandungi senikata seperti berikut:
“Yesus engkaulah harapan segala bangsa”
“Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa kan menyembah di takhta mu dan nyatakan bahawa Yesus lah Tuhanku”
“Yesus engkaulah harapan segala bangsa”
“Setiap bangsa kan mengalami pemulihan”
Wajib anda menghalusi dengan teliti senikata beserta imajan-imajannya sekali.
Perhatikan di bawah:
- Gambaran Triniti: Bapa Tuhan, Yesus dan Roh Kudus (burung merpati)
- Seruan kepada Tuhan Krisitian “Engkaulah harapan negara ini”
- “Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia”
- Lambang salib “beri pengharapan kepada …”
- “Kau [Yesus] kan pulihkan Malaysia
- Rangkap “Malaysia arah tujuanmu kan berubah, Engkau tidak akan sama lagi, Engkau akan melihat perubahan nyata, Setiap bangsa kan mengalami pemulihan pemulihan”
- Lambang salib yang mengiringi lirik kata-kata “perubahan nyata”
Rangka (frame) penutup video memuatkan ayat
“Malaysia belongs to Jesus”
Ungkapan tersebut mengimbas kepada laungan “Rise up it’s time to take Subang for Jesus” di acara Subang Rally.
Adun Subang Jaya Hannah Yeoh adalah ‘penaung’ yang telah memberi sumbangan tunai selama bertahun-tahun kepada Subang Rally serta dijemput untuk menyampaikan ‘tazkirah’ kepada para hadirin yang terdiri daripada golongan muda-mudi.
+ comments + 1 comments
bro AAkj.. selama ini sa sokong akan perjuangan saudara.. tetapi bila melibatkan agama sa terpaksa komen.. lagu ini sebenarnya ditunjukan kepada penganut kristian di seluruh malaysia khas sabah dan sarawak.. kerana kami juga merupakan rakyat malaysia dan mencintai negara dan negara malaysia juga kepunyaan kita bersama.. tidak salah rasanya kami mendoakan kemakmuran negara kan?? jgn politikan isu agama..lagipun lagu ini bukan komersial.. ianya lebih kepada keharmonian kita bersama dari sudut pandangan agama lain.. maafkan sa kalau sa tersilap kata...
Post a Comment