Label 10

Home » » TAWAS !! TEWAS D RANJANG BILIK NORMAH ?!! UNREVEALED STORY !!

TAWAS !! TEWAS D RANJANG BILIK NORMAH ?!! UNREVEALED STORY !!

Written By AAKJ on Thursday, October 18, 2012 | 3:00 PM


TAWAS : Bongkar Cara PKR Tipu Pengundi Melalui Janji Pilihan Raya.


Laporan Ketua Audit Negara mengenai kegagalan TAWAS.

Klik untuk besarkan imej

Strategi PKR:

1. PKR menjadikan TAWAS sebagai umpan pilihan raya mereka. Anak-anak kelahiran Selangor dijanjikan wang ringgit sekiranya mereka berkuasa. Tindakan PKR ini adalah hasil daripada kajian mereka terhadap rakyat Selangor. Di sini kita boleh lihat bagaimana PKR yang sering menuduh BN sebagai melakukan rasuah pilihan raya turut melakukan perkara yang sama untuk berkuasa. Dengan memberikan bantuan kepada si anak, pastinya ianya akan menambat hati si ayah dan ibu untuk memberi undi kepada pembangkang.

2. Namun, berdasarkan laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan PKR hanya meluluskan 19.4% daripada 313,706 anak kelahiran Selangor dari tahun 2008 hingga 2011 untuk mendapat faedah TAWAS.


3. Kenapa hanya 19.4% anak kelahiran Selangor mendapat faedah TAWAS? Di sinilah letaknya permainan licik Kerajaan PKR.

4. Seperti mana janji memberikan air percuma, Skim TAWAS juga merupakan pembohongan MANIFESTO bukan JANJI ciptaan PKR. Apa yang mereka janjikan semasa pilihan raya memang akan mereka laksanakan tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga. Bukan semua rakyat Selangor akan mendapat manfaat walaupun layak. Namun janji-janji inilah yang mereka JUALkan dalam ceramah-ceramah mereka terutamanya ceramah mereka di luar negeri Selangor.

5. Berbeza dengan Kerajaan BN, selepas mengumumkan bantuan BR1M dalam bajet tahun lepas, Kerajaan BN telah mengagihkan bantuan tersebut kepada 3.8 juta rakyat Malaysia yang layak. Tidak seperti TAWAS yang memerlukan tempoh matang, BR1M yang diberikan oleh Kerajaan yang diterajui BN diberikan secara tunai kepada rakyat.


Jadi kepada rakyat Malaysia khususnya di Selangor, adakah anda mahu memilih Kerajaan yang mengamalkan prinsip MANIFESTO BUKAN JANJI atau Kerajan yang mempraktikkan falsafah JANJI DITEPATI?

*Dulu, kini dan selamanya mendahulukan rakyat.





Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger