Hari ini saya terpaksa menulis perkara ini walaupun saya tahu ia ibarat menepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Sebabnya perkara ini telah menjadi bualan orang ramai di segenap peringkat.
Pergi ke kantin orang bercakap pasal itu, pergi kedai kopi orang bercakap pasal itu, pergi ke surau pun orang bercakap pasal itu, sambil menunggu anak di sekolah pun orang bercakap pasal itu. Golongan ibu yang menunggu anak di padang permainan waktu petang pun bercakap pasal itu.
Apabila semua orang dan dimana-mana orang bercakap pasal perkara itu, maknanya perkara itu serius dan perlu diberi perhatian oleh pemerintah.
Perkara itu yang saya maksudkan adalah AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM (AES).
Sistem ini mula beroperasi secara rasmi pada 23 September 2012. Tujuan perlaksanaanya adalah untuk merakam kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya terutamanya melebihi had laju, 24 jam sehari dan kemudiannya saman akan dihantar secara pos. Katanya untuk mengatasi kemalangan jalan raya.
Kalau dulu orang ramai bercakap pasal saman ekor, kini pula muncul satu sistem yang lebih teruk dari saman ekor.
Bukan niat saya hendak mempertahankan orang yang melakukan kesalahan jalan raya , tetapi kaedah yang digunakan itu tidak betul. Mengikut bualan orang ramai pelaksanaan kaedah AES tidak lebih kepada usaha kerajaan nak mencari duit kerana nak bagi BRIM, bantuan anak sekolah RM 100 dan macam-macam bantuan lain lagi yang bernama 1Malaysia.
Lalu diperkenalkan pula SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia) untuk kerajaan mencari duit. Tangan kanan memberi tangan kiri mengaut. Itu yang orang ramai sedang bercakap dibawah sekarang.
Selanjutnya baca d SINI
+ comments + 5 comments
Persoalan yang timbul di sini ialah adakah pihak berkenaan telah menyediakan papan tanda amaran adanya kamera perakam had laju di lokasi berkenaan sebagamana di kehendaki oleh undang-undang
Salam Bro. Pendapat tuan disokong. Kita selalu mengeluh tentang sikap pemandu malaysia tetapi tidak pernah mengkaji mengapa ianya jadi begitu. Sebagai contoh, kereta kita terlanggar lubang besar, tidakkah kita marah? Cermin retak kerana terkene batu yang jatuh dari lori yang lebih muatan, tidakkah kita marah? Lampu isyarat yang tak sempurna atau rosak, tidakkah kita marah? Atau lori separuh abad terhegeh hegeh dgn asap tebal, tidakkah semua ini meragut kesabaran kita? Penguatkuasaan sepatutnya bermula dengan perkara yang boleh mendatangkan seribu masalah lain, bukannya menghukum mereka yang telahpun terhukum dengan kemalasan dan rasuah yang dilakukan oleh orang lain. Mungkin kerajaan lupa yang mereka tewas dlm pilihanraya lepas juga kerana rakyat MARAH...
Salam 1Msia kepada semua pembaca, Saya adalah ex Polis begitu tidak setuju cara mendidik pengguna jalanraya di Malaysia ini dengan saman. Mendidik sepatutnya dengan pemberitahuan mengenai undang-undang serta hukuman jika disabitkan. Cadangan cara adalah dengan memasang Papan tanda atau Bilboard apa kesalahan dan hukuman jika memandu melebih had laju / memotong garisan berkembar / tidak memakai talipinggang keledar dsb ditempat-tempat yang sesuai dan jelas dibaca.Manusia sering LUPA dan cepat naik angin maka dengan adanya papan tanda menunjukkan kesalahan maka pemandu akan terasa bersalah dan akan patuh pada amaran kesalahan..
Kalau alasan Kemalangan disebabkan Kelajuan adalah kurang tepat sekali...
Dan kalaulah KELAJUAN 100% menyebabkan KEMALANGAN dicadangkan kerajaan menghadkan jenis kenderaan di Malaysia dengan kuasa kuda yang kecil-kecil sahaja atau semua guna Kancil 660 sahaja. Lori semua jenis Bedford atau Ford jenis zaman penjajah dulu.Motosikal guna jenis Vespa.Pasti tidak lagi ada kemalangan.
Banyak faktor menyebabkan kemalangan dijalan raya, lagi-lagi standard jalan raya di Malaysia. Pernah kah anda melalui jalan raya yang betul-betul halus tanpa lubang permukaannya walaupun dilebuhraya...? Sepanjang lebuhraya utara - selatan pernah kah kita melaluinya tanpa ada kerja-kerja penurapan...? Kepada pengguna yang sering berulang alik dilebuhraya Plus perasan tak kadang-kadang bulan lepas jalan tersebut baru diturap tapi bila sebulan lagi kita lalui lagi ada penurapan semula...? Apa maknanya atau kenapa...? Bermakna kualiti atau standard jalan tersebut rendah dan antara faktor kemalangan disebabkan jalan tidak sempurna yang mengakibatkan pemandu hilang kawalan kereta.
Mengenai Had Laju dijalan - jalan bandar atau negeri / persekutuan adakah logik had laju 60km,80km,90km..? Cuba anda pandu kereta yang kuasa kuda 3.0 Disel manual atau petrol...apa yang kita alami adalah kena guna gear 3 kalau 4/5 maka kereta jadi macam kereta lembu...lain lah kalau kereta otomatik...Semua had laju disemua jenis jalan raya harus dikaji semula mengikut keadaan atau standard jalanraya.
Kes Kemalangan dinegara Maju sudah tidak diherankan lagi..nama pun negara maju pastinya ramai kenderan dan pasti ada kemalangan.
Mengenai AES...adakah adil dalam masa 2 saat kita terlajak patut kena saman sedangkan pemandu tidak sempat nak membrek atau terpaksa bergerak disebabkan ada kenderaan dibelakang yang bergerak laju...Apa akan terjadi bila kita dengan serta merta membrek digarisan lampu isyarat....? Bukankah itu cara menggalakan kemalangan...? Perlukah kita membrek untuk mengelak disaman AES atau bergerak mengelak kemalangan...? Pengarah JPJ mungkin tidak melalui pengalaman memandu dijalanraya sebab bos ada pemandu begitu menteri ada eskot Polis atau JPJ....Harap pihak kerajaan fikir-fikirkanlah kesan tersebut kepada rakyat jelata..Jangan nak senangkan kerja penguatkuasaan rakyat jadi mangsa, jangan pula kerana ada syarikat PEMBEKAL KAMERA AES yang akan mengaut keuntungan dari kerajaan maka rakyat jadi mangsa...entah-entah pembekal tersebut penyokong PR...rakyat akan benci kerajaan BN dan akan PROTES disebabkan Kamera AES...Renungkan lah.. BRIM RM500 tapi saman RM300 kalau lebih kerajaan untuk lagi...Oleh Mat Bond
Masalahnya BRIM kalau layak dapat, maka dapatlah. SRIM pulak kalu buat salah baru dapat. Dalam kata lain andainya tiada org buat salah, maka kosong la SRIM walhal BRIM tu dah memang kena bayar dah. Kat mana kata tangan kana beri tangan kiri kaut tu. Kesimpulan nya jgn buat kesalahan jlnraya, maka kamu selamatlah dri SRIM tu
kekadang mendidik juga kena ada kerasnya....saya setuju langkah kerajaan ini. AES membuat semua orang berhati2 dan mematuhi had laju, sebab undang2 tanpa penguatkuasaan tak menjadi apa apa bg segelintir golongan outlaw ini...
Post a Comment